Quantcast
Channel: Macam Macam Ada
Viewing all articles
Browse latest Browse all 543

Thyroid Disease in Pregnancy - Part 2

$
0
0
Ok,sambungan dari entri INI.

Setibanya di KPJ Seremban, terus terjah bahagian Emergency. Wife aku terus di usung masuk.
Bila dah baring atas katil, dipasang segala macam wayar untuk monitor fisiologi badan, barulah aku tersentak, tersedar betapa teruknya keadaan wife aku ketika itu.
  • Temperature masa tu sekitar 39 - 39.7 degree celcius ( normal temp range 37 - 37.2)
  •  Blood pressure sekitar 140-150 / 90 ( normal BP < 140/90)
  • Pulse rate(kadar nadi) sekitar 140- 150 seminit! ( normal range, waktu rehat ialah 60-80 seminit)
  • Oxygen saturation, SpO2 ( mengukur kepekatan oksigen dalam sel darah merah) ialah within normal range, 99-100%.
Berdasarkan bacaan2 itu, aku terus dapat agak bahawa 'it must be an infection'. Tapi kenapa out of sudden? Tiba tiba aja temperature mencanak naik, sedangkan sepanjang 2-3 hari sebelum ni, memang wife aku sihat, takde demam, takde batuk selsema, cuma komplen letih2 sikit( yang mana aku anggap masa tu mungkin sebab kesan kami travel dari Shah Alam ke JB, dan dia pregnant). Pakar yang turun ke Emergency masa itu, Dr Jeffery( Consultant Physician & Respirologist), pun pelik, hairan.

Menambah keseriusan dan kegentingan masa tu, wife aku start complain sakit pada kawasan bawah perutnya, dan sakit pada leher nya, rasa macam tercekik. Sampai satu ketika, wife aku memegang lehernya menahan sakit di situ, rasa tercekik! Wife aku susah bernafas! Aku kaget, sambil mata aku melihat pada monitor, bacaan kepekatan oksigen dalam badan wife aku, normal ! ( sPO2 reading ialah 99-100%). Dan bila diletak stetoskop, memang bunyi udara keluar masuknya normal. Kejap2 wife aku rasa sakit di leher, kejap2 menahan sakit kepala yang kuat, kejap2 menahan sakit badan dan lower abdomen. Bila wife aku kencing, terasa sakit kencing nya.

Aku berbincang dengan Dr Jeffery. Kata muktamad perlu diambil segera. Tak boleh berlengah, sebab wife aku sedang pregnant. Komplikasi serius semasa pregnancy seperti pulmonary embolism yang kami sama sama fikirkan masa tu. Sudden elevated blood pressure dan denyutan nadi terlalu laju( tachycardia) merisaukan kami. Memang kalau menahan sakit, boleh naik tekanan darah dan nadi, tapi not that high nadinya. Temperature wife aku maintained tinggi, sekitar 39- 39.5. IV drip dah lama pasang. Maka keputusan bersama diambil, bahawa kena periksa sistem paru paru dan jantung wife aku, ASAP. Maka wife aku, perlu jalani x-ray dada. Ya, x ray dada ketika pregnant. Pun begitu, ia dilakukan dengan kadar rays yang paling rendah, plus di letak abdominal shield. Bacaan ECG wife aku selain catat nadi yang laju, yang lain2 nya adalah normal.

Setelah chest xray diambil, darah berbotol botol diambil, ECG diambil, maka aku berbincang lagi dengan Dr Jeffery. Pada ketika ini, Dr Ishak, Consultant Obstetrician yang memang wife aku buat follow up dengan nya, pun turun ke Emergency department. Kata putus kami, demi kebaikan dan continuous monitoring sebab wife pregnant, it is best to admit her to the ICU. Maka petang itu, wife aku di sorong ke ICU. Wife aku tetap sedar dan keadaan menjadi stabil sedikit ketika itu, dimana tekanan darah dah mula drop sedikit ke paras normal, temperature drop sikit( tapi still demam, sekitar 38 degree), cuma laju nadinya masih tetap maintain laju, sekitar 140 - 150/seminit. Rasa sakit sakit di sekitar leher dan lower abdomen masih ada, tapi berkurangan. Mungkin kesan ubat paracetamol + IV drip + tepid sponging yang nurse buat, plus suhu aircon yang sejuk di ICU. Aku menjaga wife aku di ICU sepanjang petang itu, sampai ke malam. Tak boleh nak bermalam di dalam ICU, maka aku balik ke rumah mertua, lebih dekat dan mudah untuk aku ulang alik ke KPJ Seremban. Hari pertama ini, masih tiada diagnosis tepat boleh dibuat. Aku, Dr Jeffery & Dr Ishak memikirkan tentang kemungkinan jangkitan saluran kencing sebagai penyebab, sebab wife aku terasa sakit masa kencing, dan sakit di bahagian lower abdomen(sekitar kawasan pundi kencing). Chest x ray yang dibuat, result nya, normal. Urine test masih pending, belum dapat keputusan. Kebarangkalian wife aku kena pulmonary embolism, ketika ini, dah boleh diketepikan..Alhamdullilah..

Malam itu, tiba di rumah mertua, badan aku amat penat, sangat sangat penat. Iya lah, drive dari JB awal pagi tadi, dan terus menjadi kelam kabut bila wife aku sakit, dan terus berkampung di hospital di Seremban sampai lewat malam. Pun begitu, penat macam mana pun, mata aku susah nak lelap. Kepala aku ligat fikirkan diagnosis. Tak mungkin jangkitan saluran kencing sebegini rupa. Tak boleh tidur sebab terlalu risaukan wife aku. Alhamdullilah kebetulan aku & wife memang plan nak letak anak anak aku di rumah Atuk & Nenek nya di JB sepanjang cuti sekolah ni. Jadi aku tak risau tentang anak anak, selamat di jaga di JB waktu itu. Betapa indahnya Allah mengaturkan segalanya kan. Walau ditimpa ujian, tapi Dia memang dah janji, tak akan ditimpa ujian ke atas hambaNya, andai hambaNya tak mampu nak hadapi.





Bersambung...( maaf, bukan aku sengaja nak sambung sambung, tapi aku memang taip panjang lebar kisah ini, sebagai kenangan dan simpanan kami suami isteri...kalau aku terus menaip, tak terbaca nanti, berjela jela dalam satu entri ).

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Sedikit fakta perubatan, sekadar menjelaskan secara ringkas:

Pulmonary embolism, PE:
Ianya medical emergency, di mana saluran darah pulmonari arteri tersumbat oleh emboli. Apa itu emboli? Emboli boleh jadi apa sahaja, yang menyumbatkan saluran darah. Emboli boleh jadi gumpalan darah beku( seperti yang di suspect dalam kes ini),lemak ( yang keluar dari tulang besar yang patah, contohnya macam kes pesakit aku di hospital dulu, tulang femur, yakni tulang peha patah sebab eksiden, dan pesakit aku meninggal dunia di dalam wad sebab lemak itu tersumbat di pulmonary artery nya),angin ( contohnya kesilapan masa masukkan ubat menerusi saluran darah di kawasan leher, tersuntik angin), dan juga amniotic fluid, iaitu air ketuban ( dan ini komplikasi wanita mengandung juga).

Risiko buat ibu mengandung ialah keadaan kurang berjalan especially di kala trimester terakhir pregnancy..lebih lebih lagi kalau ada  kaki bengkak teruk/terbaring selepas pembedahan caesarean...maka terjadinya gumpalan darah beku( thrombus, yang selalunya berasal dari saluran darah di kaki atau sekitar pelvis), yang kemudian akan migrate bergerak ke arah jantung, dan kemudian ke saluran pulmonary artery diparu2 (menjadi emboli dan tersumbat). Konsepnya, ialah immobility, kurang amat bergerak. Jadinya, selain pregnancy, mereka yang terbaring sebab kemalangan/apa apa surgery, berisiko tinggi untuk kena PE ini. Tu sebab kalau terbaring lama, kena selalu gerak gerakkan kaki, naikkan kaki( elevate), dan pakai compression stockings untuk kurangkan risiko terjadinya thrombus.



Pulmonary embolism ini, sangat merbahaya kalau saiz emboli nya besar, boleh membawa kepada kematian segera. Tu sebab kena diagnose awal, dan tepat. Simptom nya ( kalau saiz emboli tak besar):
- sesak nafas, sakit pada dada, pening, sakit kepala, batuk( even berdarah), nadi menjadi laju, demam, tekanan darah drop,
Oleh kerana sebahagian dari simptom ini ada masa wife aku di bawa ke Emergency, maka tu sebab kami risau memikirkan possibility PE ini.

Chest x-ray while pregnant ( x ray dada masa mengandung):
Wife aku terpaksa juga di buat xray dada. Selamatkah x ray ini masa mengandung?

Kebanyakkan diagnostic xray sebenarnya tidak merbahaya radiation nya kepada baby dalam kandungan. Ini kerana single exposure (sekali terdedah pada sinar xray), radiation nya amat rendah, paling tinggi selalunya tak sampai pun 5 rads.

Rads ialah unit kiraan untuk radiasi yang diserap oleh badan.
Contohnya, radiasi dari dental xray hanyalah 0.01milirads.
Xray dada, radiasi nya ialah 60milirads.
CT scan? Ianya sekitar 800milirads.

1 rad = 1000 milirads.
Dan dose radiasi yang terbukti merbahaya kepada baby dalam kandungan, ialah pendedahan lebih dari 10 rads.
Tanpa xray pun, setiap ibu mengandung ( dan kandungannya) yang tinggal di planet bumi, akan terdedah kepada sekitar 90 - 100 milirads radiasi, iaitu jumlah radiasi terkumpul yang di terima sepanjang 9 bulan setengah mengandung. Radiasi ini datang dari matahari.

Walaupun xray itu sebenarnya selamat ketika mengandung, namun kalau tak perlu sangat, memang janganlah dibuat, dan tunggu hingga lepas bersalin. Ini general consensus. Dan kalau perlu dibuat juga, maka pakaikan lah radiation shield ( macam wife aku pakai) di kawasan sekitar abdomen/rahim. Dan rads nya akan di kurangkan lagi oleh juru xray.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 543