Hari ini baru ada kesempatan nak menulis semula blog, setelah busy sepanjang minggu lepas atas sebab ini. Apa yang berlaku minggu lepas tu, memang aku tidak jangka kan. Dan aku merasa terpanggil nak menulis tentang ia, supaya kawan kawan semua lebih faham akan benda ini. Sebab aku sendiri yang doktor, tak perasan akan benda ini. Dan pakar pakar di KPJ pun mula mula ambil masa nak come to the exact diagnosis.
Ceritanya begini..
Sepanjang pregnancy wife aku kali ini ( sekarang dah 23 minggu+ ), memang aku perasan perubahan fisiologi nya yang agak ketara. Wife aku selalu rasa panas panas badan, selalu sahaja switch on aircon di rumah.Tidur malam sampai ke pagi aircon on + kipas pusing juga. Dan selalu pening kepala. Namun, aku anggap itu sebab hormon, hormon orang mengandung. Aku check tekanan darah wife aku, aku check darahnya( standard blood test pregnancy), semuanya normal. Scan baby, semuanya normal.Jadi aku tak risau. Bulan lepas, masa jumpa Obstetrician, memang noted body weight wife aku turun pulak 2.5kg. Obstetrician warning wife aku supaya jangan lose weight lagi. Aku tak fikir apa apa, sebab memang aku perasan selera makannya masa pregnant kali ini agak kurang. Dan juga sebelum pregnant kali ini, memang wife aku aktif ikut aku ke gym. So aku berpendapat bahawa penurunan berat badan tu atas faktor 'metabolisme bagus kerana regular exercise' + ' kurang selera masa pregnant'.
Until last week..
Hari Selasa minggu lepas, pagi2 tu aku sepatutnya bertolak balik ke rumah setelah cuti 4 hari di JB. Pagi pagi tu lagi wife aku tiba2 aja demam teruk. Memang spiking fever. Sakit kepala teruk. Sepanjang perjalanan di highway dari JB, wife aku tidur aja. Paracetamol aku bagi pagi tu di JB. Tiba aja di Exit Simpang Ampat, aku exit, sebab nak singgah jenguk wan ( nenek) aku di Rembau. Tiba aja di rumah wan, wife aku terbaring. Demam teruk, sakit kepala teruk sangat, berkerut kerut menahan sakit. Badan sangat sangat panas. Jujurnya, memang aku panik waktu itu. Panik sebab wife aku sendiri tiba tiba sakit teruk macam tu, dan sedang pregnant. Tak sampai 2 jam di rumah wan, aku decided, kena bawa wife aku cepat ke hospital. Maka dari Rembau, aku memecut laju ke Seremban, dan memang plan akan ke KPJ Seremban, sebab memang wife aku follow up dengan Obstetrician di sana. Sepanjang perjalanan, wife aku mengerut dahi tahan sakit kepala, dan kini, ada sakit di kawasan leher..sakit lower abdomen. Badannya aku rasa amat panas. Wife aku pesan, drive carefully. Kalau boleh pasang siren ambulan, dah lama aku pasang dan on kan kat kereta aku ini.
Bersambung ( panjang sangat nak cerita satu entri)..