Nota: Semua gambar kualitinya adalah tak best, sebab aku pakai kamera henfon cikai aku aja..malas nak usung dslr masuk kedai ni..haha
Malam kelmarin, aku ke sini...
Jujurnya, dah lama aku nak try makan Yati Ayam Percik ni.
Masa gi KB dulu, tak sempat
Ada review yang aku baca kat blog kata, rasanya tak se-best macam kat KB.
Tak pa lah, tak kan aku nak merempit ke KB pulak semata mata nak try..
So, aku rempit aja lah yg kat Seksyen 7 Shah Alam ni, sepelaung aja dari rumah.
Ni wife aku punya. Nasi Kerabu Ayam Goreng Berempah. Ayamnya sedap. Rempahnya sedap. Aku order Nasi Kerabu Ayam Percik( sorry lupa ambik gambar). Ayam perciknya, bagi aku, takda lah sedap sampai buat aku terngigau ngigau nak makan lagi, tapi tak la pulak tak sedap.Aku tak tahulah rasa ayam percik yang kat cawangan asalnya di KB tu sedap ke tidak. Nasinya, okay, lembut.
Ni Ziyyad punya meal. ..set roti jala ( comes with free Kopi O..which I think, bukan free pun, mesti dia siap masuk harga dlm set tu). Ya, Ziyyad ala ala Mat Saleh celup. Nasi tak makan sangat, makan roti, mashed potatoes, & roti jala, favorite dia. Roti jala Yati ni bagus, panas2 lagi..memang dia baru buat kot. Kuah cecahnya, kari daging tu, sedap. Kuah karinya itu, berbaloi la kalau aku nak repeat makan kat sini. Tapi, lagi berbaloi kalau wife aku buat sendiri roti jala & kuah kari, RM10 modal... puas makan..hahaha
Verdict aku lepas makan kat sini:
- Kalau nak JIMAT, aku prefer beli nasi kerabu kat warung depan masjid seksyen 18, Shah Alam. Jauh lebih murah , dan lebih sedap. Entah kenapa, lidah aku macam sense nasi kerabu kat Yati Shah Alam ni takde/or kurang budu kah? Dan set nasik kerabu kat Yati ni kedekut, tak letak lada ada inti tu, kalau nak, kena order asing. Kah kah kah..for that, Yati charge RM8.90 kalau tak silap aku..( nasi kerabu +telur asin belah 1/4+ keropok kecik 2 keping + ayam percik). Utk harga RM8.90 kalau beli kat warung tepi jalan = nasi kerabu + ayam/daging + telur asin + lada inti tu, siap ada balance RM2.50 lagi..hahaha..Ye lah, makan kat kedai di Sekyen 7 ni, kita bayarkan sekali kos sewa kedai dia yg mahal tu.
- Aku ada baca di beberapa blog, servis di Yati Shah Alam ni, LEMBAP. Ya, memang LEMBAP pun! Bayangkan , masa aku datang tu, hanya keluarga aku sahaja yang ada, di ulangi, keluarga aku sahaja. Nak dapat air, hampir 15min...aku faham lah set roti jala tu lambat, sebab dia baru nak buat( kot?), tapi set macam nasi kerabu, ayam percik/goreng berempah tu semua, tak kan lah baru nak tanak nasik? Baru nak goreng ayam? Aku ingatkan family aku aja yg dpt lambat, lepas 35min aku dlm tu, datang 2 couple ni, pun kami perhatikan, memang lambat jugak depa dapat ordernya. Pelik jugak aku, kedai gah, besar, pekerja ramai ( 3-4 org duduk selonggok kat hujung meja kedai tu, berborak sakan, gelak2...motif?)
Sekian, ni selera aku ya.
Kalau korang nak cuba, cuba lah.