Quantcast
Channel: Macam Macam Ada
Viewing all articles
Browse latest Browse all 543

Batu Karang/Kidney Stones

$
0
0
Semalam jumpa seorang lelaki, kes berulang batu karang..
Datang dengan simptom 'pinggang tak selesa' + 'kencing tak bersih'.
Sakit batu karang ni, memang sakit..berdoa la kita tak kena batu karang..

Sekali bila buat urine test.....
ini dah bloody urine bang...merah dah macam ribena..takyah buat urine test pun, dengan mata kasar dah tau ada darah dalam urine..

Batu karang ni sebenarnya penyakit pengkristalan bahan dalam badan..
Bahan bahan tertentu ini, kalau dah melampau banyaknya, akan mula mengkristalkan dirinya, lantas menjadi batu karang...

Banyak jenis batu karang ni:
1- Batu karang kalsium. Ni bangsa paling biasa. Batu karang kalsium boleh combine dengan bahan lain, eg: fosfat, karbonat & oxalate. Batu bangsa kalsium ni paling biasa kat lelaki.

2- Batu karang struvite. Ni bangsa batu yang biasa ada kalau pompuan selalu kena jangkitan saluran kencing.

3- Batu karang uric acid. Ni bangsa batu karang yg biasa kat lelaki. Korang tak jaga pengambilan makan tinggi uric acid, merana la kena batu bangsa ni. Lagi malang kena gout sekali....

4- Batu karang cystine. Selalu bangsa ni jadik kat orang yang ada cystinuria. Cystinuria ni penyakit keturunan, yang mana ada jenis amino acid namanya cystine bertukar menjadi batu kat dalam buah pinggang/saluran kencing/pundi kencing. Cystine ni patutnya bila masuk sistem buah pinggang, dia akan terurai, tapi orang yg ada penyakit cystinuria ni, gen mereka bermutasi ala ala X-Men..so cystine tu tak terurai..lama lama makin banyak la cystine...tu yang jadi batu tu.

Faktor risiko paling tinggi nak kena batu karang ni kalau korang malas nak minum air. Maksudnya air kosong. Memang ada orang liat sangat nak minum air. Lepas tu kalau jenis yang suka tahan kencing..tu pasal drebar lori/bas, ramai kena batu karang..sebab malas nak berhenti kencing, nak kejar trip katanya..bahaha...Pompuan keja kilang pun ramai tahan kencing, sebab tak boleh keluar line production, jangankan nak gi kencing, nak minum air pun tak sempat..Tapi selalunya pompuan macam ni kena kencing kotor dulu la..

Simptom batu karang:
- sakit pinggang, selalunya sebelah.
- sakit kawasan ari ari, boleh turun ke bawah..ni especially kalau batu tu tengah berjalan turun dari pundi kencing ke saluran kencing
- kencing berdarah
-kencing tak tus/tak lawas
- tanda tanda jangkitan: demam/muntah/

Test yg kena buat:

- mesti la urine test. Boleh buat rapid test kat klinik..strip akan di celup dlm urine korang..

lepas celup, kita tengok perubahan kaler kat strip tu..Ni secara kasar la kan..bukan kuantitatif..Boleh la kesan ada darah ke tak, ada sel darah putih ke tak, ada gula ke (kencing manis), ada ketone ke (bahan kumuh..tinggi kalau dehydrated macam cirit teruk ka, mabuk mengandung teruk ka)..macam macam lagi la, ikut jenis strip..Yang aku guna ni boleh detect 7 benda..ada yg boleh detect sampai 13 benda..

- Boleh jugak hantar urine ke lab..Ni untuk proper punya pemeriksaan la..pun boleh la detect ada tak kristal dalam urine..

-Imaging:
Imaging ni maksudnya kita tangkap gambar batu..Nak scan ka, xray ka..sila sila kan..
 ni contoh rupa batu karang dalam x ray..Bukan aku punya hak gambar ni, Google punya..

ni contoh batu karang dalam ultrasound scan..Pun bukan hak aku punya gambar..Google punya..

Rawatan:

- selalunya, patient malas nak properly check kat spital...So bila gi klinik, kita sah kan ada batu karang, kita bagi la dia ubat pemecah batu...kat Malaysia ni ada macam macam brand...yg biasa aku guna kan ialah Cystone & Rowatinex. Tengok juga nasib, kot batu dah besar gedabak, takde mana nya berkesan makan ubat..kena gak gi spital beb..

- Ubat makan berkesan jugak kalau batu karang jenis uric acid..So kena makan ubat kurangkan uric acid, namanya Allopurinol..Kalau batu karang jenis struvite tu, kena la jugak ambik antibiotik.

- Bila perlu pembedahan?  Kalau batu besar sangat, kalau rupa batu tu pelik sampai block laluan saluran kencing, kalau dah ada komplikasi menyebabkan rupa anatomy buah pinggang bertukar...ni kiranya open surgery buah pinggang ..jarang jarang la buat..

- zaman dah moden kan...zaman minimally invasive or non invasive dah mula mengambil alih peranan surgery...so, rawatan macam ni antaranya:
a) ESWL ( extra corporeal shockwave lithotripsy) . Teknik ni guna shock wave kat belakang badan, area kidney...takyah potong/cucuk2. .so batu akan pecah berderai, dan keluar melalui urine..Tapi tak sesuai utk batu yang besar, selalunya ukuran >1 inci tak sesuai guna teknik ESWL.


b) Percutaneous nephrolithotomy ...dlm kes batu besar, surgeon akan buat lubang kecik kat kulit, pass kan tube endoscopic ke buah pinggang, dan bawak keluar batu..So luka/parut nya cinonet aja..kat kulit..


c) Uteroscopy...ni kalau batu bukan dlm buah pinggan, tapi kat dlm sistem kencing/saluran kencing..
..korang tengok gambar prosedur ni sudah...memang ngeri siot...aku setiap kali terangkan kat patient, aku pulak rasa ngilu...bahahahaha....patient2 aku yg dah buat prosedur ni mmg kata, 'ngilu doc'...hahaha..Tapi masa buat tak rasa la...sebab patient tak sedar kena bius...Tang nak remove stent tu nanti...

lepas buat prosedur ni, selalunya tube kecik/stent akan ditinggalkan dlm saluran kencing utk beberapa hari utk promote urine flow...

ni prosedur uteroscopy kalau buat kat patient pompuan la...less ngilu nya...:P

- walaupun zaman dah canggih...aku letak jugak cara rawatan satu lagi ni...Sebab ramai jugak patient aku cuba cara ni...ada yang kata berkesan..batunya hilang, bila xray, mmg dah takde batu nya...Ada pulak yg sama aja...tak berkesan...Tapi ni aku tak endorsed lah ya sebagai standard treatment...Lu pikir la sendiri kalau nak buat rawatan ni...Tanggung sendiri kesannya ya kalau tak menjadi....:P   Cara rawatan ni namanya ' teknik gosok gosok dgn minyak angin'..hahaha...Magic kan? wallahulam..femes tempat ni, kat Durian Tunggal..kot rajin nak baca, baca blog ni: Rawatan Batu Karang cara Alternatif


Apa apa pun, ingat la..batu karang boleh berulang...
So, banyakkan minum air kosong, jangan tahan kencing, jaga makanan high uric acid, jangan simply makan supplement calcium semberono ( banyak debate tentang ini, tapi to be safe, ambil dlm recomended dose la, together  with Vit D for better absorption).

Viewing all articles
Browse latest Browse all 543