DISCLAIMER:Aku bukan penyokong tegar mana mana parti politik, curahat aku ini hanya pandangan peribadi aku sebagai rakyat Malaysia yang membayar cukai, itu sahaja. Jadi kepada mana mana pembaca yang totok mana mana parti politik, tak kira lah Kerajaan atau Pembangkang, harap guna kan akal sebelum nak komen balas entri aku ini, kalau nak komen la : P
=============================================================================
Aku bayar cukai, aku rakyat Malaysia.
Maka aku rasakan, aku ada hak, sebagaimana kalian semua yang ada hak sebagai rakyat, sebagai pembayar cukai. Wang negara salah satu puncanya ialah menerusi cukai(pelbagai cukai), bukannya hasil derma mana mana politician. Fahamkan dulu fakta ini. Jadinya, cukai = wang negara = ialah wang rakyat. (selepas ini aku gunakan istilah wang rakyat)
Di negara maju, rakyat memang mempunyai suara dan hak yang besar, mereka boleh berbincang, berdebat secara terbuka tentang ke mana wang rakyat digunakan, disalurkan. Di negara kita, agak sukar nak berdebat secara terbuka( kerana ada pihak yang kata " debat bukan budaya kita "..alahai..).
Kenapa aku tulis entri ini?
Saja..
Nama pun blog..Blog aku...
Asalkan aku tak tabur fitnah..aku tak aibkan mana mana individu secara direct..Aku rasa, itu hak menulis dalam blog...Anda mungkin tak bersetuju dengan apa yang aku tulis, itu hak anda. Afterall, ini sesi curahat :)
BR1M
Aku tak layak pohon BR1M. Ok, aku terima, aku redha, aku terima dengan hati terbuka. Ramai lagi rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan, di uji dengan ujian harta benda oleh tuhan. Maka aku tak kisah dengan penyaluran wang ini. (walaupun banyak pihak pertikaikan kenapa yang bujang solo pun dapat BR1M 2.0 )
Rebet telefon pintar
Ini antara syarat syarat nya ( walaupun kini dikhabarkan, harga telefon tu dah tak kisah berapa)
- Malaysian citizens who aged 21 years to 30 year-old
- RM3000 monthly income below
- 3G smart phone models approved by the maximum price RM500
- Only a smart phone for a youth.
Pemberiannya berbentuk one off, yang bagi aku tak memberi keuntungan jangka masa panjang baik kepada individu itu sendiri, mahupun negara.
Dan, pemberian rebet ini seolah olah "mengajar rakyat muda menjadi boros, tak ukur baju di badan sendiri".Kalau dah tak mampu nak guna smartphone, maka pakai sahaja lah apa apa handphone yang anda mampu. Analoginya, kalau tahu tak mampu nak pakai Ferarri, kenapa sibuk sibuk nak pakai Ferrari? Pakai sahajalah Viva. Kononnya ia menggalakkan penggunaan IT dikalangan generasi muda..sorry..aku tak setuju. Apa guna ada smartphone kalau tak mampu nak langgan data plan, mengharap wifi free di kedai mamak/McD? Apa guna smartphone kalau hanya guna untuk berFB memanjang? Dan kalau tanpa smartphone pun, masih ada komputer yang boleh akses internet bukan?
Maka semalam aku sengaja bagi status perangkap ini di FB aku:
Dan aku amat tertarik dengan komen kawan baik FB/blog aku, Yunus Badawi (YB)
Komen beliau:
"habis tu pembeli yg di atas 35 takkan takde rebat? Kami nipun pembayar cukai dan pengundi juga"
" Saya masih tak faham kenapa nak bagi rebate smart phone utk budak2 tu. Kalau nak bagi rebate, bagilah kat semua. Budak2 tu belum tentu mengundi pun .... huhu"
Makanya, lihat bagaimana pemberian on off sebegini tak kena pada semua golongan. Golongan macam aku dan YB ( dan ramai lagi seperti diluar sana)..kami tak dapat bonus kerajaan (sebab kami kerja sendiri), kami tak dapat durian runtuh Felda ( sebab kami bukan generasi Felda), kami tak dapat BR1M, dan kami tak dapat Rebet Telefon Pintar. Dan ya, kami ialah rakyat Malaysia, yang membayar cukai, dan kami juga ialah pengundi.
Anda mungkin mencebik muka mengatakan " alahhh..jeles la tu"
Aku tak jeles..Cuma aku risau..Aku risau apa nasib anak cucu aku..anak cucu kalian semua..
Andaikan bahawa 'fenomena' pemberian on off sebegini menjadi budaya, menjadi trend di Malaysia selepas selepas ini..Dan pada masa itu, anak cucu cicit anda 'tersisih' secara terhormat daripada memperolehi manfaatnya..Sedangkan mereka begitu akur membayar cukai setiap tahun.
Aku bukan pakar ekonomi..
Tapi aku yakin, pasti ada mekansime lain untuk perbaiki 'fenomena' sebegini.
Pasti ada mekansime lain yang membolehkan kekayaan negara(wang rakyat), dikongsi bersama sama.