Quantcast
Channel: Macam Macam Ada
Viewing all articles
Browse latest Browse all 543

Kolestrol, Lemak, Santan.

$
0
0

Fakta:
  • Kolestrol dalam darah kita,75% dihasilkan oleh hati kita sendiri. 25% aja yang datang dari sumber makanan
  • Kolestrol hanya di temui dalam haiwan. Jadi dalam kelapa,durian, rambutan, taugeh,dan lain lain tumbuh tumbuhan, tiada kolestrol okehhh..
  •  Kolestrol baik? Kolestrol jahat? Korang dah tengok video tu kan? Mudah nak faham :)
  • Apa beza lemak ( Lipid ) dan kolestrol? Baca Penerangan Mudah Ini
          




Kenapa aku tulis entry ini?
Sebab teringat entry Dr Singa yang ini..
Entri ini adalah utk merungkai mitos pasal kolestrol, dan fakta di sebalik kolestrol dan lemak.

Santan kotak 200mL. " Cholesterol Free Food" katanya.

Jadinya,jangan mudah terpengaruh dengan ungkapan " free cholesterol"...
Baca fakta yang aku tulis kat atas tu.
Sebab dalam santan kelapa,hatta yang original kita perah sendiri (macam ni haa), memang takde kolestrol. Jadi melabelkan produk mereka as " cholesterol free food " itu, apa makna nya?

  1. Marketing strategy nak beritahu pelanggan bahawa kelapa, fakta sebenarnya...sebagai tumbuhan tumbuhan, memang takde kolesterol, atau
  2. Marketing strategy, nak beritahu pelanggan kononnya produk mereka takde kolestrol ( nak banding dengan santan asli)
anda decide sendiri apa makna nya, okeh?  :P

Yang penting, dan kena faham, waima takde kolestrol pun.....

Nampak kandungan LEMAK/FAT nya?  Santan kelapa ( dan juga coconut oil ) tinggi kandungan lemak tepu( saturated fat). Dan lemak tepu ialah lemak yg tak sihat ( as opposed to unsaturated fat/lemak tak tepu)

So dah faham kenapa jangan semata mata baca " takde/tanpa kolestrol", kita dah boleh senyum lebar beli sesuatu produk?  :)   Kena ada basic understanding tentang food science + ketelitian membaca nutrition information ya.

Tengok satu lagi produk santan kotak ni...yang ini...

Packaging dan informasi tertera pada produk "Trim Coconut Milk" ini, pada aku lebih jujur, tidak misleading / tidak 'menipu secara berhemah'...kan? Jelas tertera kat kotaknya perkataan 'Reduced FAT' nya.

Cuba tengok maklumat nutrisi santan trim ni...
Per serving 15ml nya hanya 2g lemak ( hanya? hahaha)...berbanding 3.1g kalau guna yang 'non-trim'. Apa apa pun, lemak tepu, tetap ada...walaupun kedua dua varian santan ni adalah  'cholesterol free'


Spot the difference / beza kan versi kecik ( 200ml) VS versi besar ( 1L)....apa beza nya ( selain kuantiti la kan)  ??  :)




Viewing all articles
Browse latest Browse all 543