Pada satu hari, aku bawak family aku jalan jalan ke sebuah gurun gurun lah sangat
Nak bawak mereka ke Gurun Sahara, masih takde rezeki...Gurun, Kedah pun aku tak pernah sampai..kah kah kah...
Tu adalah alasan nak ripit datang sini waktu sunset tewwwww...hahaha..
Nak bawak mereka ke Gurun Sahara, masih takde rezeki...Gurun, Kedah pun aku tak pernah sampai..kah kah kah...
nuuuunnn jalannya lurusssssss nak sampai ke gurun ni....sesekali nampak lah kangaroo melompat...emu berlari...sesekali boleh gak nampak bangkai kangaroo tepi jalan, kena langgar :)
Nama gurun tu Pinnacles Desert..dalam area Nambung National Park, lebih kurang 200km dari Perth..
Selepas 2 jam driving...sampai lah kita....
Boleh pilih samada nak jalan jalan kaki di walk trail yang disediakan, atau driving along the scenic drive pathway, yang membentuk loop ~ 4km. Kami naik kereta aja lahh...tak larat nak menapak sebab bawak budak kecik...
Bergambar dengan signboard adalah perlu okey...
Nama pun pelancong kannnn :P
Ni apa hal si Zayyan melalak nanges ni? Oh ya, masa ni, si yeyen baru berusia setahun empat bulan..Nampak sangat ni cerita jalan jalan yang dah basi kan? kah kah kah...sebab si yeyen dah masuk 2 tahun empat bulan, hari ini!
Hahahaha..
Patutlah si yeyen melalak tadi...
Senyap terus bila dapat kat mommy dia...nak menyusu rupa rupanya...hahaha... Sebab masa ni, dia breastfeeding. Tu la nikmat breastfeeding kan anak, anak melalak aja, kejap aja dah senyap...senang..mudah...Terasa sangat nikmat tu sementelah dengan baby sekarang ni on formula milk...takpa lah...tuhan dah bagi nikmat 2 anak dapat exclusive b/feeding...redha dengan ujian ini utk our last son..ada hikmahnya tu :)
sign buku kedatangan....bukti dah sampai :)
Datang jauh jauh dari pekan Perth ke gurun ni, nak buat hape? Nak tengok batu kapur ni laaa...hahaha..Batu kapur ni terbentuk dari kulit kulit kerang yang dah dah hancur ala ala pasir di lautan, lepas tu diterbangkan angin ke daratan..So pasir pasir dari kulit kerang ni la yang membentuk the so called The Pinnacles, batu batu kapur di padang pasir ni..Actually bukan lah gurun/padang pasir, tapi lebih kepada gumuk..apa itu gumuk? ( bukan gemok okehhh..hahaha)...Aku ada cerita dulu KAT SINI. Ada la bermacam teori macam mana batu batu kapur ni terbentuk, kalau minat nak tahu, baca aja kat Wikipedia ni :)
Sebenarnya, the best time nak lawat ialah waktu awal pagi, atau paling syiok, time sunset!
Aku dah bajet lama dah..nak menembak sunset kat sini..
Sebab di kala sunset, pencahayaan nya + bentuk muka bumi + batu2 yang terpacak, view nya ( dalam gambar laa) ala ala planet Marikh okehhh...:P
Tapi apa kan daya..
Cempedak dah jadik nangka..
Sampai kat sini area 1pm ! hahahaha..Nak menunggu sampai sunset? Apartment kami kat Perth !
Nak drive malam2 balik ke Perth? Mau terlanggar kangaroo! Sebab kangaroo ialah haiwan nocturnal..dan tertarik kepada lampu kereta..Highway ke gurun ni ala jalan luar bandar..so memang melambak kangaroo..
Cakap pasal driving ni..
Each time ke kampung ziyyad, aku prefer pakai kereta ni...
tengok ? sampai ke gumuk pasir pun toyota hatch ni boleh redah...save petrol, pick up & performance bagus, interior best, just nice for a small family, dan yang palinggggg penting, it is cheap to rent this car...of course, gunakanlah kereta sewa dari company Bayswater :) aku dah puas menelaah segala macam car rental company kat ostolia ni ( Hertz, Avis, etc etc), tak leh celen offer yg Bayswater bagi.
model kerusi batu nombor satu
model kerusi batu nombor dua. Merenung jauh ...memikirkan kesan kenaikan harga petrol 20 sen.
model nombor satu + model nombor dua
Asyik anak aja ambik gambar..
Tukang ambik gambar pun nak jugakkkkkk :P
posing semua mata sepet sebab tak tahan silau. Tu la, lupa bawak sunglasses..hahaha
Setiap kali pergi Ostolia..
Mesti musim kemerdekaan..
Bukan apa...
Sebab kebetulan time kita sambut merdeka, time tu musim spring..:)
Cuma tahun ni tak dpt pergi...wife aku pun baru bersalin 12 Julai lepas..
semangat cintakan Malaysia beb...siap bawak bendera gi gurun...hahahaha
Last but not least..
Musti ada family photo kannnnn...