Quantcast
Channel: Macam Macam Ada
Viewing all 543 articles
Browse latest View live

Restoren MABIQ, Tanjung Lumpur, Kuantan.

$
0
0
Aku baru balik bercuti 4 hari.
Khamis , Jumaat dan Sabtu pagi aku di Kuantan.
Sabtu petang hingga petang semalam di Terengganu.

Suka aku nak share satu restoren di Kuantan ni.
Pada aku, amat amat berbaloi, sebab murah dan sedap.
Dan dalam masa yg sama, sambil kita makan, kita menyumbang.
Menyumbang ke dana untuk anak anak fakir miskin / yatim yang belajar di MABIQ

Memang kedainya agak tersorok. Tapi jangan risau, set aja waze / gps, cari Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur. Dari situ, ada banyak signboard kecil menunjuk arah ke Restoren MABIQ ini.

Sebahagian dari lauk pauk nya. Semua jenis lauk ada label, dan ada harga. Memang jelas dan ini lah cara perniagaan yang Islam anjurkan. Lauk istimewa di di sini ialah daging salai & paeh patin bakar.

Sebab paeh patin bakar nya memang sentiasa dapat sambutan, maka lauk ini Insya Allah sentiasa ada, sentiasa di top up..jangan risau kalau anda datang lewat sikit sekitar pukul 2 lebih nak ke pukul 3 petang.Lebih dari tu, aku tak tau, sila la call ustaz di nombor yg tertera di banner kat atas tu ya  :)

Ikan paeh patin yang dah dibakar, di letak di sini. Ada dua varian : Paeh Patin Badan RM6 seketul, dan Paeh Patin Kepala, RM7 seketul.

Konsep kedai MABIQ ni ialah layan diri. Dari ceduk nasi, ambik lauk, bawak lah ke ambik air, semua self-service. Tapi air air kat sini memang murah. Segala jenis air cuma RM1. Kau ceduk lah sendiri nak banyak mana ais (kalau nak sejuk). Air kosong free sahaja.Air sirap limau dia sangat sedap..tak sure lah pulak kot sebab faktor makan paeh patin bakar nya, air sirap pun jadi sedap! hahaha

Ruang makan nya besar, luas. Ada dua varian: Yang open air ( kipas angin), atau bilik bertutup ( air cond). Yang ini dalam ruang makan berhawa dingin. Sesuai la kalau korang bangsa kuat peluh macam aku & anak anak aku ni, elok la makan dalam ruangan ekon ni, selesa.

Kalau makan dalam ruang ekon ni, dia cas sorang dewasa RM1. Ok la tu, takyah la nak berkira sangat, lagipun duit tu pi masuk tabung anak yatim & fakir yang belajar ngaji & hafaz Al Quran kat sini.


Untuk mendemontrasi kenapa aku kata makan kat MABIQ ni murah yang amat, ini apa yang kami makan hari Khamis lepas:

1)  Paeh Patin Bakar, badan  x 2 ketul.  Gambar nya tak menjustifikasi kan kesedapannya. Gambar aku buruk, sebab aku malas nak usung DSLR, perut dah lapar, air liur dah meleleh, so ambik gambar guna smartfon sudah. 1st time aku makan lauk paeh patin bakar ni. Subhanallah, Masya Allah...banyak sedappp lah.  Wife aku yg tak makan ikan patin pun, suka dan siap bertambah ( tu sebab ambik sampai 2..hahahah). Bagi yang tak tau, paeh patin ni ialah ikan patin yang di lumur balut dengan tempoyak, lepas tu di bungkus dengan daun pisang, lepas tu di bakar. Memang best in the world!

2) Daging salai masak lemak cili api semangkuk. Penuh okeh daging nya wife aku ambik. Semangkuk macam ni kalau kau beli kat Shah Alam / KL, mau RM 15 kot..Sedap...

3) Segala macam ulam ulaman, di cecah tempoyak. Oh ya , tempoyak dia fresh, sedap. Bukan macam kat sesetengah kedai, tempoyak masam ( nampak sangat guna stok durian yg dah hampir busuk)

4) Kuah ikan patin masak tempoyak. Tiada dalam gambar ialah kuah daging salai masak kicap

5) Nasi putih sepenuh2 pinggan  x 3 pinggan.

6 ) Air sirap limau 3, air teh bunga 1, air kosong 2 gelas.

Total bill?

RM29  sahaja.

Kalau tolak kos sekepala RM1 makan dalam bilik ekon, total makan RM27 sahaja.

Burrppp..alhamdullilah.
Sedap, murah , berbaloi.


Adakah kami akan datang lagi?
Pastinya, Insya Allah.
Buat yang nak datang, sayugia diberitahu, sila la datang awal before time puncak lunch hour, sebab crowd memang ramai, sangat ramai. 
Kedai tutup setiap Jumaat & Sabtu.
Info lanjut tentang restoren ini, DI SINI

Kula Cakes, Kuantan

$
0
0
Ok, kalau semalam dah review pasal Restoren MABIQ, Tg Lumpur....hari ni review pula Kula Cakes.

Kula Cakes ni menjadi sebutan ramai sejak akhir akhir ni..
Signature dish nya, ialah Mango Cheese cake nya.

Kula Cakes ni terletak betul2 tengah bandar Kuantan tu...nak parking memang payah...Hari tu, Alhamdulillah ada rezeki parking kosong betul2 sebelah kedainya. Kalau nak ke sini, set kat waze Khalsa Chapati House. Kula Cakes ni sebelah kedai capati ni.

Aku rasa attraction utama Kula Cakes ni ialah tempat makan outdoor/ sebelah luar kedai nya...Sebab kedai kek ni guna bangunan lama..so ruang kosong disebelahnya di hias unik...ada la dalam 6-8 tables kot, dengan hiasan mural & arca basikal buruk berkarat...hahaha

Kedainya kecik aja...ruang makan dalam tu ngam2 letak 2 meja. Dek kerana kami sefamily datang time tengahari, tengah panas, so better makan kat dalam la..sejuk, ada ekon. Tapi mmg sempit dalam kedainya..

Meja dia pun unik..seat baby ada. Ok, sesuai la dtg bawak anak kecik

Ini yang kami makan tuhari. Belah kiri sekali, Mango Cheesecake, belah kanan, Toblerone Cheeseke, yg belakang tu, Creme Brulee. Air nya, kami test air yang di suggest ramai, Pandan Cooler. Aku order jugak Iced Cocoa.


Best ke?
Sedap ke bagai di kata?
Well, aku ada komen panjang lebar kat wall FB aku..
So aku tak mau komen kat sini..haha..
Tapi cukuplah sekadar aku & wife aku punya komen di sini:
" tak la rasa nak datang lagi"

DISCLAIMER: komen kami based on tekak kami ya. Sebab aku tau banyak komen positif pasal Mango cheesecake nya. Wife aku bidang bakery, so dia & aku banyak rasa pelbagai jenis cakes.

Ini bil nya...
:P




Kalau anda ke Kuantan, dan nak try mango cheesecake yang jadi sebutan ramai tu..
Boleh la try ke Kula Cakes.

Insya Allah, nanti bila wife aku buat ( dan maybe jual mango cheesecake nya), aku inform kat blog ni..
hihihihi

Ana Ikan Bakar Petai

$
0
0
OK, kalau kelmarin dan semalam aku dah bawa korang makan makan kat MABIQ Restaurant dan Kula Cakes, maka hari ni jom kita menyifud.

Kedai seafood pilihan kita pada hari ini ialah:
Restoren Ana Ikan Bakar Petai, Tg Lumpur, Kuantan.

Kedainya masya Allah besar, bertingkek tingkek...hahaha..dua tingkat je..
Tapi luas..
Dan belakang kedainya yg 2 tingkat, ada lagi kedainya yg luas..
Parking lot nya pun dah ala ala macam gi Giant cawangan bandar2 kecil.
Tu utk menggambarkan betapa majunya perniagaan Ana ni..
Sorry la, lupa ambik gambar kedai..nak tengok, korang Google aja..hahaha

Gambar2 ni je yang aku ambik:

Ikan pari bakar petai. Sedap, mabeles.

Sotong goreng tepung. Sedap, mabeles.

Ketam goreng telur asin. Sedap, super mabeles. Terngiang ngiang kesedapannya.


Moralnya, di Tanjung Lumpur memang port makan.
Hahaha..


Gambar selingan:

Minum air 100 Plus sambil duduk atas jalan, memang mabeles. Lokasi kejadian: Istanbul..kahkahkah

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok, Kuantan.

$
0
0
Bila dah jadi parents ni, keutamaan kita pun berubah.
Kita akan lebih kan anak anak.
Kita, perlu jadi matang.

Masa aku decided utk pergi bercuti minggu lepas, aku perlu utamakan hotel yang mesra anak anak.
  • ada beach
  • ada swimming pool yang best utk anak anak

Kalau ikut kehendak sendiri, memang la akan cari hotel yang lain gaya pool nya, lain gaya hiasannya..

Makanya, aku pilih De Rhu Beach Resort, Pantai Balok, Kuantan.

 Hotel ni hotel lama, tapi dalam proses refurbishing. Biliknya besar, katil king nya luas utk tempatkan kami anak beranak, dan paling penting, kemudahan swimming pool nya memang best..ada banyak kolamnya, dan ada banyak mainan seperti gelongsor, buai,  di pool untuk anak anak.



 ni bilik super deluxe nya. 


Ni pula antara gambar gambar swimming pool nya:






Aku menulis sebegini di status FB aku minggu lepas ( masa kat swimming pool ) :

 
"dah jadi bapak ni, swimming pool cetek bergelungsurlah yg kita kena layan...haha.."




Bila kita jadi bapak atau mak, dahulukan anak.
Betul, kita pergi bercuti...nak rehatkan minda.
Tapi bila kita bawa anak anak ke tempat yang berisiko utk berlaku kemalangan, contohnya di swimming pool, tolonglah jadi parents yang alert. Waima swimming pool tu mmg cetek air nya, khusus utk kanak kanak, kemalangan tetap boleh berlaku andai kita leka / lalai.

Amat sedih masa bercuti di swimming pool, kita lihat:
  • ada ayah yang terlalu leka baca suratkhabar / layan hp dikerusi malas, biarkan aja anak anak nya dalam kolam.
  • ada emak yang sebab tak mahu basah, menjerit jerit dari pinggir kolam, suruh anaknya yang sulung umur sekitar 6-7 tahun, menjaga adiknya yang baru umur 2 - 3 tahun.
  • ada yang lagi parah, langsung tak kelihatan mana mak ayah nya, cuma anak anak kecil nya sahaja di dalam pool.
Terjun lah dalam pool tu.
Sama sama mandi bersama anak anak.
Masa ni lah kita nak jaga mereka, bergembira dengan mereka.
Buang ke tepi hp tu, laptop tu, kertas kerja tu.
Boleh ambik gambar, update status kat FB, tapi lepas tu tolong concentrate dengan anak anak kat dalam pool.
Ingatlah, masa mereka kecil ni, kejap sahaja.
Esok bila mereka dah masuk usia remaja, dah tak mau mereka main dukung2 belakang badan kita masa dalam swimming pool..dah tak dapat lagi kita dapat " menyakat" mereka sampai mereka nak nangis takutkan air.

Raja Buah

$
0
0
Semalam pergi ke kebun durian ayah mertua..
Setelah tahun lepas pokok pokok nya merajuk tak berbuah..

ini buah durian. Raja segala buah. Bukan spesis Musang King, tapi rasa durian dari kebun ni Alhamdullilah, banyak yang sedap.


Tahun tahun sebelum ini, memang meriah berbuah.
Banyak buahnya, sampai boleh meniaga jual durian..haha.
Sampai puas makan, di buat cekodok durian, di buat tempoyak.
Durian crepe aja tak sempat buat.

"Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." (al-Waaqi'ah [56]: 28-33)

Sedapnya durian..dan bulan lepas kan musim mangga harumanis.
Bayangkan, betapa sedapnya buah buahan dalam syurga kelak. 

Walaupun kebun nya bersih, lapang...tapi banyak nyamuk!  Memang kesian tengok Zayyan merengek ajak keluar, tak tahan kena gigit. Ye lah, my bad, lupa pakaikan dia baju lengan panjang, seluar panjang...Abangnya si Ziyyad pandai main politik, baru 5 minit masuk kebun, dah bagi alasan " sakit perut nak berak"...kahkahkah..

 Habis berbintat bintat kaki & tangan..


Takpa la..
Pengalaman masuk kebun..
Dulu aku masa kecik2, ikut ayah masuk kebun arwah atuk..lagi teruk..
Kebun durian nya kat lereng bukit, penuh semak samun..di tambah dengan cerita kononnya kat area lereng bukit tu ada beruang ganas...huhuhuh..

Siapa yang tak nak ikut masuk kebun ??

saya !!!!
dia komplen, gatal2 ( kena gigit nyamuk)...peluh2...( ye lah nak, dalam kebun bukan macam dalam shopping mall ada ekon..haha)

Pokok pokok durian kat kebun ni banyak yang rendang rendang...Yang tinggi melangit pun ada.


Hasil kutipan yang tak seberapa..
Sebab pagi nya akak ipar aku dah gi kutip..
Patutnya pagi pagi aku dah janji nak masuk kebun, tapi lepas subuh & breakfast, aku terlena pula..kahkahkah..

Satu kereta sorong ni, kalau nak beli mau la jugak 40-50 ringgit kot..durian yang bagus, fresh...Hujung minggu ni nak balik kampung lagi, harapnya galak la berbuah...boleh buka puasa makan kek durian, sahur makan bubur kacang durian...kikikiki..


Dan aku pun harap pokok2 ni galak berbuah, boleh la aku bawak balik ke JB utk mak ayah aku..
Memang la aku sebenarnya selagi boleh tak mau bawak masuk buah durian dalam kereta..
Memang tu pantang aku, aku tak tahan bau durian dalam kereta...
Tapi sekarang aku kena utamakan mak ayah..
Kan?
Apalah sangat sengsara bau durian dalam kereta kalau nak banding pahala berbakti kpd mereka.

Dan kalau galak berbuah, korang pun boleh datang tumpang makan..
Macam tahun2 sebelum ni, memang kami ajak kawan2 datang ke rumah MIL aku ni..makanlah sepuasnya, nak makan banyak, gi kutip sendiri kat kebun tu...:P

Isteri Zaman Sekarang Tak Patut Tak Pandai Masak.

$
0
0
Hujung minggu aku balik JB.
Balik kampung, sambut Ramadan dgn mak ayah.
Biasalah, bila balik kampung, ada resepi2 mak yg kita suka, kita akan minta isteri kita belajar.
( sebab aku bukan jenis lelaki yang pandai & suka memasak)
So wife aku pun menuntut la beberapa resepi dari mak aku.


Dalam pada tu, wife aku saja la belek2 buku resepi mak aku..
Ada banyak buku resepi.
Buku yang dah lama..taraf otai...
Tahun awal 80an punya buku pun ada..

Ni lah buku resepi mak, sebelum era internet & Astro. Zaman dulu, nak resepi, kena beli majalah, atau tunggu kat suratkhabar. So mak aku akan kerat resepi, dan tampal di buku resepinya. Yang bertulis tangan tu selalunya mak aku salin dari TV. Ya, rancangan masak2 kat TV..hahaha...Zaman la ni, channel AFC berulang ulang 24jam sehari tayang rancangan memasak, sampaikan rancangan realiti TV masakan pun ada. Sebenarnya, zaman sekarang ni, kalau orang perempuan kata tak pandai masak, tak patut. Tgk AFC boleh belajar, tengok Youtube boleh belajar ( selain gi belajar dgn mak, mak mertua, join kelas memasak). Tapi ye lah, kalau takde kemahuan, memang tak pandai la. Contohnya aku, memang aku tak de kemahuan nak belajar memasak..hahaha.

Berpuasa Di Musim Panas

$
0
0
Cabaran berpuasa tahun ni, antaranya ialah cuaca panas..kan?

Ini sekadar idea, kalau panas sangat...
Boleh la try..
:P








Dulu, masa aku kecik2...rumah pun masa tu takde ekon..
Bila rasa panas & haus berpuasa..
Aku bukak baju, berlenggeng..
Baring sambil perut letak atas lantai tiles rumah...mmg layannnn..hahaha..
Nak mandi sejukkan badan, takut batal puasa ( masa tu mmg tu la kefahamannya)..
Padahal, boleh aja mandi, basahkan kepala..tak batal, tak kurang pun pahala puasa...sebab Baginda SAW pernah basahkan rambutnya semasa berpuasa di bulan Ramadan, utk kurangkan rasa terik & haus baginda  :)

WW: Makan Sahur 7 Ramadan 1436


Kudapan Pasca Terawih

$
0
0
Terlebih dahulu, inginlah saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Fazleyatul Aini atas entry beliau yang bertajuk Terpaling best setakat ini.
Entry itu telah memberi idea yang best buat saya sekeluarga.

Idea utk kudapan selepas semayang terawih..
Kehkehkeh..


Tauhu goreng, tempe goreng & cendawan goreng tepung  --- di cicah kuah kicap pedas..    .Memang " this is Johor" lah..hahaha.

Mengelakkan Bau Durian Dalam Kereta

$
0
0
Tested! Berkesan!  Bawak balik berkarung karung durian dari rumah MIL, memang x berbau kereta. Berapa batang nak cucuk tangkai durian? Aku cucuk 2. Kalau nak meriah kat aircond vent korang, cucuk la banyak2..hahaha.

Suspended Meals

$
0
0
Suspended meals ialah satu konsep bersedekah.
Kita bayar in advance harga makanan di satu- satu kedai, yang mana kemudiannya makanan itu akan di ambil oleh mereka yang memerlukannya ( orang miskin / terdesak)

Tradisi suspended meals ni katanya bermula di Itali.
Asalnya di sana, ia dipanggil caffe sospeso, iaitu mereka belikan secawan kopi utk orang miskin.
Kemudian ianya dikembangkan kepada air air lain, dan makanan pula.

Akhirnya, konsep suspended meals menjadi viral di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Kita sekarang ni di bulan Ramadan.
Ada antara kita yang menyahut cabaran #tamakpahala dengan menyertai suspended meals ni.

Mungkin kita boleh tiru benda yang baik ni..
Bersedekah di bulan Ramadan ni, terlalu besar ganjarannya..






Panaskan Enjin Blog

$
0
0
Ya Allah...
Sepanjang aku ber blogging sejak 2010..
Rasanya ni lah pertama kali paling lama aku tak update blog..
Terbengkalai genap sebulan..hahaha..
Last entry 3 Julai...hari ni 4 Ogos..

Sebab sebab malas up date:
  1. Bulan Ramadan...memang bila Ramadan selalunya aku malas up date..tak tau kenapa.
  2. Raya..ini self explained. Raya, kita busy berhari raya..haha.
  3. 1MDB...lebih fokus baca berita, baca FB bila buka komputer

Ok..
Untuk bagi enjin blog panas balik..
Aku tepek la dulu sekeping gambar hari raya..hahaha..gila lah, dah 18 Syawal baru nak tepek.


Tahun ni, raya pertama di rumah mertua. Bergambar bersama ayah mertua yang kini dalam keadaan Permanent Vegetative State, sejak tahun 2008. Ya, dah lama tu beliau dlm keadaan PSV, sebaya dengan anak sulung aku. Beliau ada massive stroke masa anak sulung aku berusia 2- 3 bulan. Aku pohon sudilah korang doakan ya kesejahteraan dan kesihatan buat beliau. Terima kasih.

WW: Raya 2015

$
0
0

tetiba ada lembaga kat belakang..hahaha....tu atuk wife aku.



Hospital Shah Alam

$
0
0


Akhirnya..
Buka juga Januari 2016, Insya Allah.
Elok sangat, sebab dah terlalu crowed Hospital Klang.
Bila aku nak refer patient pun, patient mengelak untuk ke Hospital Klang.
Orang2 Shah Alam sanggup lari ke hospital di Serdang, Putrajaya, PPUM..
Tu pun crowded juga.

Cuma satu aja la.
Kawasan Seksyen 7 nanti bertambah tambah sesak la.
Bertambah tambah jem la.
Sejak Jakel bukak kat situ, petang2, hujung minggu..jem teruk.
Ni bila hospital dah ada, jawabnya area Seksyen 7 sekitar UiTM- Jakel- Hospital ni memang ala ala Andalas kat Klang la busy nya.
Nilai hartanah yang dah memang boooom, lagi boooom mencanak canak naik harga.

Nerf

$
0
0
Hari ini aktiviti release stress di sekolah anak aku.
Sebab 2 minggu lepas ialah minggu evaluation ( ala ala minggu exam la)
Best betul budak budak sekarang..
Macam macam aktiviti.

Aktiviti hari ni ialah acara " berperang dengan senapang Nerf"
Aku masa 1st time dengar nama NERF. pun aku pelik..
Ialah, tak pernah dengar, tak pernah main..zaman daddy kecik2 dulu guna lastik aja..haha..

Ini lah senapang Nerf, model Strongarm Elite.  Banyak model senapang Nerf ni....mintak last minit, bergegas la mommy dia gi cari kat Tesco..nasib ada.


Ni gambar cikgu sekolah nya telegram kan kat wife aku pagi tadi..

Anak aku si Ziyyad baju biru Lotto, no 3 dari kiri ( gambar atas). Dia dalam team Adiwira Nerf..kah kah kah...nama klasik...campur la student foundation 1 hingga 3 kot..( darjah 1 - 3).


 Students posing with their Nerf !


Sabtu depan pulak ada play kat sekolah..
Anak aku berlakon jadi serigala...hahaha.
So far seimbang la aku tengok silibus anak aku..
Seimbang antara academic, sosial, hafazan dan lain lain.
Mungkin satu hari nanti, sekolah2 kerajaan boleh follow silibus UK yang macam sekolah anak aku guna ni..sebab mereka bukan exam oriented, mereka nak lahirkan student yang all rounder dalam semua bidang, dan penting sekali, mereka suka & seronok ke sekolah.

Success Is Like An Iceberg

$
0
0
Ya Allah!
Lemau nya semangat aku nak menulis blog ni..
Mana pi semangat menulis ni?
Baru aja kononnya bersemangat nak tulis entry lepas cuti sebulan lebih Ramadan + Syawal..
Last entry 10 Ogos. Ok, dah 8 hari tak ber update...kih kih kih..

Aku rasa, semangat menulis kat blog hilang kejap ..
Sebab la ni, aku seronok pulak menulis kat FB..
Menulis panjang2, dah macam kat blog...:P
Hari hari aku update FB..
Pagi ni, siap aku tulis sajak pasal kucing kat FB..

Ni lagi satu sebab kot kenapa aku slow menulis blog sebulan dua ni..

 muka monyok takde mood makan maggi goreng kat mamak malam tadi..hahaha


Wife aku dalam fasa sangat sangat busy dlm bisnes nya..
Meeting sana, kursus sini, ada urusan kat studio bakery lagi..
Jadinya, tempias busy nya kena juga kat kami..
Setiap kali wife aku ada meeting / kursus, memang 2 orang anak kecil akan " di pos" ke rumah mertua kat Nilai. Yang sulung dlm gambar tu, sebab dah sekolah, mmg tinggal dengan aku.
Sebab kami tiada maid.
Sebab kami tak mampu nak bayar, dan tak mahu ada orang asing dlm rumah.


Maka, inilah pengorbanan yang kami suami isteri & anak anak perlu harungi.
Berkorban untuk berjaya.
Moga usaha kami ini di berkatinya, dan kami akan kenang zaman busy kami ini.
For the time being, hari ini & esok aku jadi bujang berdua dengan anak sulung tu..
Memasak? memang aku takde masa, DAN TAK PANDAI masak.
Betul lah apa yang orang orang berjaya katakan....
Tentang SUCCESS



Maaf kan saya, Datin Sharlin.

$
0
0
Semalam, aku hadiri majlis resepsi perkahwinan blogger Khai bertempat di Dewan Banquet, MBSA, Shah Alam.

So kami geng2 kepada Khai ni datang la serentak...

posing kejap kat backdrop ni...ala ala pengantin baru..hahaha


Ni la geng2 blogger aku yang datang serentak semalam...
Kami geng Kejabab.
Kelab Jari Debab !
Hahahaha..
Ahli ahlinya selain aku ialah Dr Singa, Jujie, GB, Kak Ana, Wakjan, Ina, dan juga Iyra( blogger pencen..hahaha).



Bila aku upload gambar di FB dan hashtag Kejabab, ramai yang tanya pebenda Kejabab tu....it stands for KelabJariDebab!..Sebab geng2 ni kalau menulis kat wassap, manjang typo...hahaha..


Sessi bergambar dengan pengantin....



Wedding Khai memang meriah..
Ramai tetamu..MB Selangor pun datang semalam..
So masa kami nak masuk dlm dewan, memang full house...jadi terpaksa la makan di luar dewan ( ada pasang canopy).

Anak bongsu aku pulak punyalah cranky semalam..entah apa pasal..
Masa kami masuk cari tempat duduk, anak aku melalak bising nak air...nak air...hahaha..
Ok...
Dalam pada aku melilau cari air & tempat duduk kosong..
Tiba tiba...
Ada seorang wanita panggil aku ( ke cuit aku...tak ingat...hahaha)..
" Wife kau mana??"
Wanita tu tanya..
Ok...
Jujurnya aku terperanjat + terkedu + tak tau nak respon apa..
Sebab aku tak kenal wanita ni!
Dan dia selamba tegur & tanya macam tu macam dah kenal lama..
Nak kata kawan sekolah, bukan..
Nak kata kawan blog, pun bukan..
Nak kata kawan FB, pun bukan...
Jadi sebab aku tengah serabut nak cari air utk anak aku + aku terkedu confused, mungkin la kot expression muka aku jadi pelik...Aku cuma menyahut" Oooohh...wife ada kat sana kot"..sambil aku sendiri pun tak tau wife aku kat mana ( pasal dia pun melilau cari tempat kosong).

ni bukti anak bongsu aku meragam, cranky semalam...hahaha...nak ambik photo ramai ramai geng Kejabab pun, dia memberontak baring guling atas lantai!

Masa makan aku cerita dengan wife aku..
Wife aku kata, tak kan la kawan dia..coz kawan dia tak kan selamba panggil aku dan tanya:
" Wife kau mana?"

Pagi ni..
Wife aku call..
Dia bagitau,
Rupa rupanya yang tegur aku semalam tu Datin Sharlin..
Silent reader blog aku!
Hahaha..
Patut la aku tak kenal!
Dan dia dapat call wife aku, sebab aku memang published no hp wife aku kat blog ( bisnes macaron).
Datin Sharlin cakap dengan wife aku..
" eh..kenapa sombong pulak semalam..bla bla bla"

Ya ampun....
Maaf ya Datin Sharlin..
Saya bukan sombong...
Jujur memang takde niat langsung nak menyombong..
Sebelum ni pun banyak kali dah silent readers blog ni tegur saya kat luar..
Saya ok aja, layan, borak2 macam kenal lama...
Tapi semalam...
Sebab situasi kalut + terperanjat + confused...
So muka jadi macam sombong..
Maaf ya...
Buat apa nak menyombong..
Kita ni dah la blogger picisan ja..hahaha..
Next time,kalau jumpa saya atau wife kat luar, tegur tauuu..jangan serik pulak..
Boleh lepak2 minum kopi ke...:P

Kepada Datin Sharlin, kalau baca entry ni, pls wassap me or wife..
Sebab bila wife aku check, nak call balik / wassap tak boleh..call by private number  :P


Gambar penutup. Hadiah untuk Khai. Oh ya, pengantin ni ialah Presiden Kejabab...sebab...dia lah yang paling kerap typo..dan typo nya tahap gaban! hahahaha

16 Adik Beradik

$
0
0
Minggu lepas, adik aku wassap gambar ni..


Sebenarnya, aku sejak dulu kagum dengan orang yang anak ramai ni..
Ramai maksud aku, yang berbelas belas orang..
Bila aku sendiri dah kahwin & ada anak, lagi la aku kagum..
Sebab aku memikirkan,bagaimana lah dengan anak berbelas belas ni,mereka:

  1. Tinggal dalam rumah. Kena ada berapa bilik dalam rumah? Berapa set katil? Giliran nak mandi? Nak makan serentak memang susah?
  2. Nak pergi berjalan jalan..kalau ada MPV pun, maximum boleh sumbat 8-9 orang.
  3. Si ayah tadbir ekonomi keluarga. Memang betul, setiap anak ada rezekinya, cuma nak tahu macam mana mereka urus kewangan. Beli pampers, susu..tu aja makan beratus sebulan.
  4. Kelelahan si ibu beranak tiap tiap tahun /selang setahun
  5. Nak bawak berjalan rumah sedara /kawan....penerimaan orang berbeza beza.


Alhamdullilah...cukup 3 orang ini. Memang dah tak boleh tambah lagi. Dah tutup kilang. Pernah juga bergurau dengan wife aku, kalau boleh pregnant lagi,nak cuba tak? Wife aku jawab " kalau keluar yang ke 4 pun boy?". Hahahaha....yang family dalam FB kat atas tu, 11 orang yang pertama, semua lelaki! Masuk no. 12 baru perempuan !

Vincci Sale

$
0
0
Sale ialah perkataan yang sangat berhantu di negara ini.
Walaupun aku secara peribadi, kurang percaya sesetengah sale di sini.

  • ketika sale, harga di naikkan dan kemudian di potong beberapa %, kononnnya sale.
  • harga selepas sale, sebenarnya lagi mahal berbanding harga biasa


2 faktor di atas tu bukan aku sengaja reka.
Saudara aku keja supermarket.
Dan kita sendiri kalau rajin, cuba target 2- 3barang yang kita suka ( baju ke, kasut ke, seterika ke), ingat harganya sebelum sale....jangan terperanjat ketika sale 50%, harga yg di jual sebenarnya hanyalah sale 10% ( bila di kira harga sebelum sale yang kita dah target dulu)

Pun begitu, masih ramai yang ghairah sampai hilang akal, hilang adab.

1. Big Bad Wolf.

Ini adalah mega sale buku. Ini kategori memang bukan pentipu punya sale. Memang betul- betul murah. Aku sendiri terjebak ke BBW dari pukul 2 am hingga 5am. Aku rasa aku hilang akal, sebab buku- buku BBW yang aku beria ia borong 2 TAHUN LEPAS, sampai ke hari ini masih ada yang aku belum habis baca. Kononnya bertaubat,  aku tak ke BBW 2014 & 2015. Wakakaka..

 Ini bukti nya. Aku recycle gambar aku ke BBW 2013

2. Sale tudung.

Aku tak mahu sebut jenama, dan aku tak boleh nak komen betul atau tidak sale nya itu / atau propa aja lebih..sebab aku tak pakai tudung...dan wife aku tak pernah minat nak terjebak beli tudung masa sale. Kesian jugak kat wife aku sebab dia kahwin dengan aku, rakyat marhein, tak merasa tudung 3-4 ratus ringgit.

Cuma ramai yang hilang akal sebab boleh beratur & berkhemah sejak pukul 2-3 pagi...ada yang sanggup bawak anak anak, bentang tikar kat kaki lima jalan. Dan ada yang akal letak kat lutut, block parking rumah orang. Ini bukan cerita dongeng, sebab kawan aku terkena. Rumah dia kat Bangi tu dekat sangat dengan sebuah kedai tudung ni. 

Oh ya..rupa rupanya...3 tahun dulu aku pernah membebel pasal tudung ini.  hahahaha.

3. Sale kasut.

Ok, ini yang paling latest. Hilang akal dan hilang adab semata mata nak beli kasut sale. OK fine kau nak jimat duit, dan ada yang bagitau mereka nak menjual semula...tapi perlu ke panjat pagar? perlui ke jadi zombie kampung pisang? kah kah kah..

Sampai kena batal sale nya..dek sebab ramai yang hilang akal...

Kerana kasut, manusia menjadi zombie. Menakutkan!

Panjat pagar kak..panjat jangan tak panjat..kahkahkah..

Bila Teknologi Menyusahkan Kita.

$
0
0
Teknologi sekarang ni, kadangkala menyusahkan.
Ambil contoh whatsapp.


Dulu, zaman SMS..kita tak tau mesej kita tu dah sampai ke tidak.

Dengan wassap, tanda 2 klik macam tu bermakna wassap kita dah sampai, cuma belum di baca.




Bila tanda 2 klik tu dah bertukar biru, makna nya mesej kita dah dibaca.

So di mana ianya menyusahkan kita?

1. Bila kita expect si penerima wassap utk balas wassap kita, tapi lepas baca, dia buat bodoh aja, tak reply.

2. Bila tanda klik hanya satu, maknanya wassap kita tak sampai, kita jadi risau...ada masalah ke si penerima ni? handphone dia tercicir ke? dia pengsan ke? padahal dia lupa on wifi aja..hahaha



Itu tak masuk lagi kes ramai yang stress sebab:

1- Terlalu banyak mesej masuk dalam wassap, sampai kong bateri. Penyelesaiannya ialah mute kan notification / off notification.

2- Nak leave group, tapi takut ada hati yang akan tersentap..haha.

Yang terkini, di Facebook dah ada option untuk copy paste status berserta komen komen nya sekali.
Dah tak perlu nak print screen.
Maka berhati hati lah bila ber FB...salah taip, kalau korang ada ramai haters, memang masak la...hahaha.
Viewing all 543 articles
Browse latest View live