Kekadang, aku rasa kelakar, tergelak bila dengar mitos mitos tentang dunia perubatan..
Kekadang, aku rasa sedih & marah...sebab mitos mitos itu, dah la tak betul, berisiko datangkan kesan buruk pula..Yang sedihnya, bila sudah diberitahu, bodoh sombong ego pula nak menafikan penjelasan aku...Tak apa lah, aku dah jalankan tanggungjawab, yang menanggungnya, bukan aku.
Kali ni, aku tengah rajin nak share mitos mitos yang ada..
Dan aku nak debunk the myths..
Kekadang, aku rasa sedih & marah...sebab mitos mitos itu, dah la tak betul, berisiko datangkan kesan buruk pula..Yang sedihnya, bila sudah diberitahu, bodoh sombong ego pula nak menafikan penjelasan aku...Tak apa lah, aku dah jalankan tanggungjawab, yang menanggungnya, bukan aku.
Kali ni, aku tengah rajin nak share mitos mitos yang ada..
Dan aku nak debunk the myths..
" doctor, darah saya kotor ya? "...tanya patient aku lepas darah di sedut...Sebab darahnya warna hitam pekat, tak 'bersih' dan bewarna fresh blood, merah menyala.. Aku jelaskan padanya bahawa darah yg disedut keluar itu warnanya gelap sebab ianya dah takde oksigen, ianya darah yang disedut dari saluran darah bernama vein. Darah yang penuh oksigen di bawa oleh saluran darah yang dipanggil, artery...darah ini warna merah menyala. Dan doktor tak punya mata Superman, sekali imbas tengok darah, doktor tak boleh bagitahu pesakit ' darahnya penuh cholesterol ya', atau ' darahnya banyak kuman'. Tetap kena hantar ke makmal. Faham ya? :)
Ini namanya Glucometer set. Mesin ajaib yang boleh memberi bacaan gula dalam darah. Mitosnya ialah, ada pesakit kencing manis yang nak kelentong doktor, nak tunjukkan bahawa dia jaga kencing manisnya( makan ubat ikut schedule, jaga makan, exercise regularly). Makanya 24 jam sebelum darah di ambil di hujung jari utk di baca oleh mesin ini, pesakit ini pulun puasa dan tak makan. Bila di test, wallah! memang cantik bacaan gulanya...... Tapi pesakit ini tak tahu hakikat adanya test darah yang di panggil HbA1C. Ujian darah HbA1C ini akan memberi gambaran tentang kawalan gula dalam badan utk tempoh 3 bulan sebelum ini. Bacaan HbA1C ini ialah dalam bentuk peratusan( percentage). Bacaan lebih 7% menandakan poor glucose control, dan ianya sebagai indicator bahawa risiko utk develop komplikasi diabetes itu tinggi, kalau tetap tak kawal pemakanan.
Semua orang kenal alat ini kan. Menyukat tekanan darah kita. Mitos tentang tekanan darah ini ialah " kita boleh suka suki makan ubat darah tinggi macam makan gula gula". Ramai patient yang buat peel macam ni, Bila dia rasa dia OK( tak pening, tak sakit tengkuk), dia stop makan. Ataupun bila dia check BP dia normal dah, dia stop makan (padahal BP nya normal sebab effect ubat darah tinggi). Kalau memang komited tak mahu makan ubat, boleh. Cuma kena faham caranya bagaimana, Bukan suka suka buat keputusan on -off makan ubat. Sepanjang tempoh tak makan ubat, anda perlu ubah gaya hidup( jaga makan, regular exercise, kawal stress), dan sentiasa monitor tekanan darah. Masalahnya, org Malaysia ni, susah nak exercise, susah nak jaga makan, dan malas buat pemeriksaan BP berkala. Lebih percaya makan produk MLM, terus stop ubat, tanpa check BP, tanpa rujuk doktor. Sendiri jadi doktor, sendiri kiok nanti.
......bersambung daaaaa
( dulu ~ 2 tahun lepas, aku ada menulis pasal Mythbuster ni..Di Sini...kali ni aku sambung dengan mitos mitos lain..yg part glucometer tu, ulangan..hahah )