Salam Jumaat...
Tazkirah Jumaat hari ni pasal " benda menjijik kan/remeh yang sebenarnya, nikmat tuhan "
Sebelum tu, aku ulang lagi ayat dari Surah Ar Rahman ni( aku dah tulis tentangnya 2 minggu yang lepas) , yang di ulang ulang 31 kali dalam surah tersebut:
Tazkirah Jumaat hari ni pasal " benda menjijik kan/remeh yang sebenarnya, nikmat tuhan "
Sebelum tu, aku ulang lagi ayat dari Surah Ar Rahman ni( aku dah tulis tentangnya 2 minggu yang lepas) , yang di ulang ulang 31 kali dalam surah tersebut:
" Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
1) Berak itu jijik, kotor, menggelikan. Tahu tak ianya nikmat tuhan? Bila tuhan tarik sementara nikmat berak, kita menggelupur. Senak perut, pening kepala, angin toxic masuk dalam badan... bila kita sembelit...berpeluh peluh meneran di jamban. Letih lari ulang alik ke jamban bila kita cirit birit.
2) Kencing itu kotor, jijik. Tahu tak ianya nikmat tuhan? Bila tuhan tarik sementara nikmat kencing, kita ulang alik gi jamban asyik nak kencing, tapi tak lawas, tak tus..kencing pedih...Ni bila kena batu karang atau jangkitan saluran kencing. Tahu tak siksa nya kalau sistem autonomik yang control pundi kencing kita gagal berfungsi, apa jadi pada kita? Aku pernah dapat kes mat rempit berlumba di malam raya masa kerja spital dulu...eksiden..Pundi kencing jem, tak boleh nak kencing, walaupun air kencing makin bertambah dlm pundi kencing. Menahan2 peluh, senak mat rempit ni menahan rasa nak kencing..Aku masukkan tiub kat kemaluannya, penuh sebekas urine bag tu kencing dia keluar! " arrgghhhh...legaaaaaa...terima kasih doktor", kata mat rempit tu kepuasan...
3) Kentut itu kotor, menggelikan, berbau. Tahu tak ianya nikmat tuhan? Bila tuhan tarik nikmat kentut, perut senak mencari Eno, mencari pil charcoal, mencari teh halia. Tong tong tong bunyi perut bila di ketuk..penuh dengan angin.
4) Kahak, hingus itu menjijik kan, tengok orang buang kahak/hingus pun kita rasa nak muntah, kan? Tahu tak ianya nikmat tuhan? Tahu tak bahawa lapisan dalam sistem pernafasan kita yang dipanggil mucosa lining sepanjang panjang dari hidung, pangkal tekak & saluran paru paru( bronchus & bronchioles) sentiasa hasilkan mucus(lendir), yang berfungsi memerangkap segala macam habuk, benda asing dan kuman kuman daripada terus jatuh masuk ke dalam paru paru kita? Mucus(lendir) ni juga yang melembapkan udara yang kita hirup menerusi hidung & mulut. Lendir ini menjadi banyak yang kita panggil hingus, kahak & macam macam nama yang menggelikan bila kita kena jangkitan selsema & batuk. Makin banyak lendir2 ini terhasil masa kita flu batuk itulah yang sebenarnya nak protect paru paru kita.
5) Bau badan/body odour (BO) itu menjijikkan...kita rasa nak pengsan kalau naik satu lif dengan Bangla. Tahu tak ianya nikmat tuhan? Bau badan itu bukti sistem perpeluhan kita aktif dan normal. Tahu tak kita ada 2 jenis kelenjar peluh, dipanggil eccrine & apocrine glands ?
- eccrine glands hasilkan air peluh bila termostat badan kita kesan body kita panas. Air peluh ini hanyalah pure water + garam sahaja, tiada bau. Peluh inilah menyejukkan badan kita kembali, menyejat haba panas dalam badan, dibuang keluar.
- aprocrine glands hasilkan rembesan peluh yang terdiri dari bahan lemak & berminyak( fatty oily substances). Peluh jenis ini dimakan oleh bakteria yang ada di kulit kita, dan kesan tindak balas inilah hasilkan bau badan(BO).
Tahu tak kenapa Bangla bau busuk? Sebab mereka kuat makan bawang. Makanan ( seperti bawang, kari, rempah ratus), sesetengah ubat ubatan & bahan kimia boleh mempengaruhi BO kita.
Jadi, sebelum kita mencebik muka menahan hidung ke atas benda benda yang menjijikkan & meloyakan ini, berfikir lah sejenak, bahawa semua itu pun, bukti kekuasaan Allah..dan hanya orang yang mahu berfikir sahaja akan nampak kebesaran nikmatNya.
Sedikit motivasi utk kita berusaha tambah amalan sementara masih ada nyawa ni:
" Manusia dalam syurga tidak mengalami haid, tidak pernah buang air kecil/air besar, tidak keluar kotoran baik dengan jalan atas(mulut, hidung, mata, telinga), tidak pula dengan jalan bawah. Semua makanan dan minuman yang mereka makan minum menjadi angin atau peluh, bukan angin atau peluh busuk, tetapi angin dan peluh yang wangi baunya" - tulisan Bey Arifin di buku beliau Hidup Sesudah Mati, edisi Melayu 1984, m/s 233.