Setiap kali musim bunga, aku sekeluarga suka bercuti di Australia..sebab ketika itulah musim 'wild flowers' di sana. Wild flowers merujuk kepada bunga bunga liar yang tumbuh serata benua Australia ni, yang mana ianya native kepada bumi Australia sahaja. Spesis spesis seperti Banksia, Cow Kicks, Waxflowers, Kangaroo Paw memang meriah berbunga..Kalau berjalan jalan beratus ratus kilometer melawat national park mereka, memang teruja tengok lautan wildflowers ni dari tepi jalan..Kalau nak lebih adventure, boleh ikut walk trail, yang mana zaman aku bujang dulu aku pernah buat la dengan kawan kawan...Ni ada anak kecik, so tunggu mereka besar sikit..baru best.
Dalam banyak banyak spesis wild flower, entah kenapa aku memang suka dengan spesis Kangaroo Paw ni..Bagi aku, ianya unik..bentuk kuku kangaroo..:)
Jom aku share antara gambar gambar spesis Kangaroo paw yang aku sempat rakamkan ..
antara tempat wajib pergi kalau ke Western Australia ketika musim spring ialah ke Kings Park & Botanic Garden, Perth. Boleh kata hampir 90% spesis wild flower ada di taman yang cantik ini..
green kangaroo paw
Red & green kangaroo paw
Yellow kangaroo paw
Red kangaroo paw ditanam di hadapan Margaret River Chocolate Factory, Margaret River, WA.
Yellow kangaroo paw di tengah tengah bandar Perth..belakang Yeyen yang sedang menangis tu..haha
Teruja dengan pelbagai spesis wild flower ni, nak la jugak selalu tengok bunga bunga nya kan..
So, kita tanam la wild flower spesis Kangaroo Paw ni kat rumah kita sendiri...
Kalau di ikutkan cuaca kita di Malaysia, memang tak boleh nak hidup bunga ni..
Tapi jangan risau..para genetic engineer telah membuat 'genetic modification' ke atas biji biji benih nya, supaya orang luar boleh tanam bungan bunga ni di negara sendiri..
Kalau ikut cakap pakcik mat saleh yg jual ni, suhu di malaysia paling mudah nak tumbuh kalau guna biji benih yang dah di modified ni, berbanding kalau nak tanam di Europe :)
Tadaaaa...masih dlm plastik lagi..hahaha...Dah hampir 5 bulan beli, tak tanam tanam lagi...so tak dapat nak tayang kat korang kangaroo paw di laman rumah kami ni...hahaha..Takpe..lepas raya cina kot nak tanam :)