Quantcast
Channel: Macam Macam Ada
Viewing all articles
Browse latest Browse all 543

Bersalin Di Marrybrown

$
0
0
Minggu lepas heboh kisah seorang wanita bersalin di restoren Marrybrown Amanjaya.
Senang aja, dipermudahkan bersalin wanita tu.
Alhamdullilah.

Yang aku rasa kelakar bila baca komen komen netizen..
Antara komen yang aku ingat:

" Dah tahu tarikh bersalin nya..pergi lagi ke situ makan"
" Malu la bersalin kat situ...takde privasi "
" Tahan la sikit...pergi ke hospital"

- Yang komen macam ni pulak orang perempuan.

Ikut laporan akhbar, wanita ni punya due date hujung bulan Oktober ni.
Dan ini anak kedua, anak pertama baru berusia 12 bulan. Ya, 12 bulan.

Walaupun aku lelaki, tapi sebab bidang tugas aku dulu pernah menjaga wad orang bersalin, dan pernah belajar ilmu orang mengandung bersalin, ni aku nak bagitau lah sikit kepada wanita yg komen macam tu:

- Nak bersalin ni, walaupun di bagi due date pada usia kandungan 40 minggu, tapi kalau baby nak keluar, anytime dia boleh keluar. Tak boleh di tahan tahan macam rasa nak berak tu. Kalau kepala baby dah terkeluar, dah tak boleh nak tahan tahan lagi. Dah takde rasa malu. Kalau baby keluar sebelum usia kandungan 37 minggu, itu dipanggil pre term delivery. Tarikh anytime antara 37 minggu ke 40 minggu, di panggil term pregnancy, iaitu baby kalau lahir dlm time frame ini, dah sihat, dah sedia dilahirkan. Baby yg lahir kat Marrybrown ni ialah term baby. Kebanyakkan wanita bersalin dlm tempoh ini, contohnya ada yg lahir masa 38 minggu, 39 minggu.

- Kalau baby lahir antara 28 - 37 minggu usia kandungan, kadar survival rate nya tinggi ( 8 dari 10 kelahiran macam ni baby nya sihat, takde kompikasi jangka panjang). Extreme premature delivery ialah yang lahir antara 22 - 28 minggu usia kandungan. Baby yang lahir dalam tempoh extreme premature ini selalunya alami banyak komplikasi, dan ramai yang tak boleh survive, kecuali mendapat rawatan yang terbaik dan komprehensif. 

Tu sebab, kalau dah masuk usia kandungan term pregnancy, para ibu mengandung & suami dah kena get ready anytime. Get ready maknanya kena rancang nak bersalin di mana, nak lalu jalan mana masa gi hospital. Dah plan tak pergi travel jauh jauh selagi boleh. Dah get ready beg persalinan simpan sentiasa dalam bonet kereta. Dan aku pernah baca dulu di FB, ada suami ni dah standby siap siap poster bertali bertulis " HARAP BERI LALUAN, ISTERI SAYA NAK BERSALIN". Dia simpan poster ni dalam kereta.Bila isterinya dah nak bersalin on the way ke hospital, dia akan gantung poster ni kat belakang kereta.  Nak bagitau betapa nya nak bersalin ni kadangkala tak boleh ditahan, ialah macam kes yang aku handle dulu...dah nak bersalin sangat, sampai ke hospital..wad bersalin tingkat 3. Masa naik lif nak ke wad bersalin, baby keluar. Penyudahnya kita sambut baby dalam lif ! 

Tak dapat dibayangkan kalau lah aku yang kena mengandung, kena bersalin...memang tabik spring lah kat mak aku, wife aku..dan semua wanita di luar sana.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 543