Quantcast
Channel: Macam Macam Ada
Viewing all articles
Browse latest Browse all 543

Cordyceps Capsule : Penyebab Datuk Lee Chong Wei Di Gantung 8 Bulan.

$
0
0
Umum telah mengetahui keputusan kes doping Datuk Lee Chong Wei.
Di sahkan positif dadah jenis dexamethasone, yang ada dalam kapsul Cordyceps yang beliau ambil sejak usianya 13 tahun ! Sebab keluarganya percaya ambil cordyceps kapsul ni bagus utk kesihatan.

Isu yang aku nak ketengah kan, bukan lah tentang isu doping.
Tapi isu penting nya ambil serius tentang KANDUNGAN DALAM UBAT UBAT ALTERNATIF / TRADISIONAL.

Orang kita, memang suka makan produk alternatif / tradisional.
Takut nak makan ubat doktor / moden, risau buah pinggang rosak kata nya..
Elok la tu...
Risau buah pinggang rosak, tapi makan produk yg entah apa apa, yang kita sendiri tak tahu apa ada dalam nya.

Apa itu cordyceps?
Kalau ikutkan , ianya memang betul2 ekstrak dari tumbuhan jenis kulat ( fungi), yang dah beratus tahun digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Di katakan mampu ubati pelbagai jenis penyakit, dari kanser, bawak lah ke menguatkan tenaga seks. Hebat kan? Hahaha..

OK, aku tak mahu pertikaikan kehebatan cordyceps ini, SEKIRANYA ianya memang purely cordyceps. Sebab ubat ubatan moden sekarang ni pun, memang asalnya di temui khasiatnya dari tumbuh tumbuhan. Tidaklah Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia sia, kan? Dan wujudnya pelbagai spesis tumbuh tumbuhan, selain sumber makanan, ia juga punca ubat ubatan.

Yang jadi masalahnya, apabila zaman moden ini, golongan kapitalis yang tak peduli soal halal haram( andai Muslim), atau pun soal etika/moral, mencampur kan dadah terlarang ke dalam produk herba/semulajadi, semata mata nak bagi produk mereka " powerful". Begitulah kes nya dengan capsule cordyceps yang Datuk LCW makan ni. Di tambahnya dadah jenis dexamethasone. 

Apa itu dexamethasone?
Ianya dadah jenis corticosteroid, senang cerita, ianya steroid.
Dexamethasone berfungsi sebagai anti-radang ( anti inflammatory effect ) dan merencatkan siste, immuniti ( immunosuppresant).
Dalam bidang perubatan, ianya digunakan secara meluas dlm penyakit2 yang aka kaitan dengan alahan/ keradangan, seperti rheumatoid arthritis, rawatan asma/ eczema yang kronik, dan pelbagai penyakit autoimmune.  Sebagai immunosuppresant, dexamethasone diberi kepada pesakit kanser yang jalani rawatan kemoterapi, utk mengurangkan kesan sampingan kemoterapi.
Ada banyak lagi kegunaan dexamethasone ni, yang aku malas nak tulis.

Jadi, boleh bayangkan apa jadi kalau anda makan produk " herba" / " tradisional" yang dicampur dengan dadah jenis steroid macam ni? Memang lah pada mulanya anda akan rasa perubahan positif, seperti lebih bertenaga, tak mudah sakit, dan bagi yang alami pelbagai masalah sensitif pada kulit/resdung, akan rasa bertambah sihat. Anda terpedaya, menyangka kan produk ini hebat. Anda terus makan, dan makan. Kesan jangka masa panjang?

Antara kesan jangka masa panjang yang boleh timbul:
  • tulang makin rapuh, mudah patah secara tiba tiba, urat( tendon) boleh koyak
  • gangguan neurologi seperti kemurungan, insomnia, perubahan mood
  • kerosakan hati
  • kulit menjadi nipis, lebih sensitif, kasar
  • bengkak jantung, gangguan pada rima jantung
  • gangguan sistem elektrolit badan/ fungsi asas buah pinggang terganggu
  • Cushing's syndrome ( pengumpulan lemak pada abdomen, otot badan jadi lemah, kulit jadi fragile, gangguan haid, etc)
  • benih ( sperma) jadi tak berkualiti ( tak geti berenang) ataupun kuantiti jadi kurang.


So, nak makan sebarangan produk alternatif?
Bukan tak boleh.
Tapi tolong, tolong jadi super vigilant.
Maknanya, lebih berhati2, lebih berilmu ( ya, bukan main percaya aja cakap kawan kawan/ sedara mara/ berita2 whatsapp / FB).
Tanya orang yg pakar/ yang ada ilmu.

Ada hikmahnya Datuk LCW kantoi kes doping.
Moga orang Malaysia yg memang suka makan produk alternatif, buka mata.
Bukan hanya cordyceps capsule, melambak produk kat luar sana yang aku yakin, di campur steroid.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 543