Quantcast
Channel: Macam Macam Ada
Viewing all articles
Browse latest Browse all 543

Islam AgamaKu

$
0
0
Setiap petang Khamis jam 5.15pm, aku akan dengar radio Ikim FM, kalau tiada aral melintang..
Slot Islam AgamaKu..
Setiap minggu di bawa seorang saudara baru kita..berkongsi pengalaman, pahit manis bagaimana mendapat hidayah hingga kembali ke agama fitrah, berkongsi cabaran cabaran yang dihadapi..

Slot petang semalam, bagi aku..memang menarik.
So aku suka nak kongsi ceritanya kat sini..buat yang nak baca...
Aku tulis dalam bentuk point form..mudah nak baca..
Karangan ni panjang....

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

- seorang anak gadis bangsa Cina, kita panggil D cukuplah..dibawa ke studio semalam..
- kini umurnya 20 tahun, mula memeluk Islam pada usia 17 tahun.
- lafaz kalimah syahadah di library sekolah, dihadapan ustaz , bersaksikan rakan rakan rapat..
- parents & adik beradiknya masih tidak tahu pengislamannya.

- mula minat dengan Islam seawal 12 tahun..suka tengok Jejak Rasul..
- setiap kali azan di TV, asalnya dia akan mute kan suara..tak suka azan..tapi baca makna azan.
- makna azan " Tiada tuhan yg disembah melainkan Allah ", benar-benar menyentuh hatinya..
- sejak itu, dia mula mencari betul ke tiada tuhan lain..selama ini dia sangkakan ada tuhan cina, ada tuhan india, ada tuhan melayu..

- hidayah Allah itu datang dan menolongnya bila masuk form 1, dia ditawarkan ke sekolah asrama..
- asrama yg majoritinya pelajar Melayu, Islam..
- banyak belajar, banyak melihat melalui pelajar-pelajar Melayu Islam di asrama..
- dari form 1, hingga ke form 5, dia makin suka dan faham tentang Islam..hingga ke tahap hati meronta ronta..menangis..risau..kalau kalau tak sempay memeluk Islam, dan dia mati..akan masuk ke dalam neraka..
- terpaksa rahsiakan pengislaman di sekolah, risau kalau ramai yg tahu..berita akan bocor ke pengetahuan mak/ayah nya..
- gigih solat di dlm stor, atau sickbay, atau blok akademik..tak boleh solat di surau sekolah..takut kantoi dia dah masuk Islam..hanya few rakan & warden/cikgu sahaja yg tahu pengislamannya..

- bila bercuti, balik ke rumah..memang cabaran terbesar..dugaan terhebat..
- cuba stop makan babi...parents bertanya kenapa tak makan babi...cuba cover line dgn mengatakan " cikgu sekolah kata daging babi banyak kuman..bahaya"
- si ayah menentang dgn mengatakan " ahhh..org2 di China beratus tahun makan babi..sihat aja"
-akhirnya..di rumah..terpaksa makan babi..apabila di sua kan ke mulut daging itu..menangis dalam hati kerana terpaksa makan babi..
- kena berlakon..ada dua personaliti bila di rumah...kejap jadi amoi...kejap jadi muslimah..nak solat di rumah pun sembunyi sembunyi...pernah hampir kantoi dengan ibunya..

- bila kena gi PLKN, itu cabaran hebat juga buatnya..
- dia menangis, dia resah..sebab tak dapat solat selama 3 bulan di PLKN..dia takut kemurkaan Allah..
- dia tak boleh nak solat sebab dia masih rahsiakan pengislamannya..
- dia sedih tengok...dlm dorm nya yg ada 20 orang budak Melayu Islam..2 orang sahaja yg solat..yg selebihnya, bila ditegur oleh pegawai/warden PLKN utk solat...lepas tu mencebik kata " kau nak solat, solat lah" ...dia sedih sebab Melayu Islam yg boleh solat, tak mahu solat..Tapi dia, menangis & takut kpd Allah sebab tak dpt tunaikan solat kat sana..

-kini D berhijrah ke KL..utk sambung belajar..
-dan yg paling pentingnya..utk selamatkan akidahnya...sebab di tempat asalnya, ramai kenal dia..nak bertudung pun tak boleh...nak gi belajar kat pusat islam/pejabat agama/masjid pun ramai yg cam...takut direport kepada parents nya..

-hingga ke saat ini...dia masih rahsiakan pengislamannya..
-kata D, dia akan inform parents nya bila habis pengajian..
-kita doakan sama sama, dipermudahkan urusan D dlm mempelajari Islam..dipermudahkan utk menjelaskan kpd parents nya nanti..


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Banyak iktibar yang aku sendiri pelajari, especially part yang aku bold kan tu..
Kita lahir sebagai Islam..Islam keturunan..
Kadangkala(or selalunya)..kita tak hargai..kita tak rasai nikmat hidayah..nikmat beragama itu..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 543