budak yang di brainwash sejak kecil utk support JDT, pun tak akan ke stadium Sabtu ini!
Aku suka pergi stadium.
Cuma kebelakangan ini aku jadi malas.
Bukan tak sokong, bukan tak minat dah...
Cuma makin malas nak bersesak sesak..
Makin malas nak beratur beli tiket..
Dan makin menyampah tengok pihak tertentu sewenang wenangnya ambik kesempatan jual balik tiket dengan harga yang mahal.
Baca Luahan Hati Ini : Oleh rakan blogger aku, seorang fan JDT tegar.. :)
FAM allocate tiket online jua akhirnya..
Tapi berapa banyak?
10, 000 tiket sahaja.
Dan yang paling best, aku & kawan2 aku try online tadi, tak dapat masuk..
Berapa kapasiti stadium Bukit Jalil?
80 ribu orang..
Jadi baki 70 ribu tempat tu, FAM kata " akan di uruskan oleh pihak persatuan bolasepak negeri masing masing"
Maka makin berlakulah ketirisan dalam pembahagian tiket ( sila baca luahan hati tu kalau nak faham)
Terkini..
Alahai..
FAM..oh FAM..
Macam ni punya gaya nak anjur Piala Dunia?
Kirim salam.