Quantcast
Channel: Macam Macam Ada
Viewing all articles
Browse latest Browse all 543

Dunia Perubatan Dan Makanan.

$
0
0
Makanan sering kali dijadikan mangsa yang tak bersalah dalam dunia perubatan.

Nasi yang berkhasiat sebagai sumber karbohidrat, dijadikan kambing hitam punca kegemukan, lantas nasi di haramkan dalam diet kononnya, demi nak kurus. Maka orang pun makan lah roti canai malam2, tak mau makan nasi katanya waktu malam. Tapi dia tak tahu calorie sekeping roti canai lagi tinggi dari sepinggan nasik! Dan calorie roti canai itu lebih banyak kandungan lemak tepunya berbanding nasi. Formulanya ialah kuantiti. Boleh makan nasi. Cuma kena kawal kuantiti. Elak makan nasi dan makan buah kononnya, tapi kau melantak makan pisang 3-4 biji...sebiji pisang dah ~ 60 cal...4 biji dah 240cal, sedangkan calorie sepinggan nasi tak lebih pun 200 cal.

Itu nasi kandar aku..hahaha. Aku makan last month masa gi Penang. Aku buat self experiment (sebab dah nak masuk 2 bulan sekarang aku berdiet secara sihat). Dalam masa 2 hari di Penang, aku makan, makan & makan..nasi kandar, char koeytiau, roti canai, nasi kandar lagi..sup daging...dan balik Shah Alam, aku timbang, aku berjaya naikkan 2.1 kg hanya dalam masa dua hari! hahahah..So moralnya, jangan makan tak ingat dunia, nak turunkan sekilo itu perit, nak naikkan 2 kilo itu amat mudah..:P



Sayur sayuran dan buah buahan yang penuh khasiat sebagai sumber serat & vitamin, dikambing hitamkan sebagai punca kembung perut, sakit badan, dan pelbagai lagi penyakit. Makan sayur menjalar nanti sakit badan katanya. Makan sayur itu sejuk katanya. Konsep Hot & Cold Myth mmg terkenal di rantau Asia. Masa berpantang lepas bersalin itu tak boleh makan, ini tak boleh, hanya makan ikan kering & nasi aja...macam mana lah ibu nak recover cepat, macam manalah susu ibu tak cukup, sebab makanan tak berkhasiat.


Ini cara makan yg sihat. Nasi segenggam, banyak kan sayur/serat, dan ada sumber protein sihat ( ikan bakar). Siapa tak suka makan nasi, kan? Alhamdullilah, sekarang boleh kawal nafsu. Makan nasi segenggam itu possible. 


Daging kambing.
Tak tahu kenapa masyarakat Melayu amat alah dengan kambing.
Pening kepala, naik darah tinggi katanya lepas makan kambing.
Makan daging lembu takpa pula.
Sedangkan, kolestrol dalam daging kambing adalah paling kurang.
Kandungan lemak tepu nya pun paling kurang ( bandingan gram per gram), hatta lemak dalam daging ayam lebih tinggi.

Air.
Paling sadis ada yang kurang minum air sebab taknak gemuk air katanya.
Tahu tak berapa liter air yang diperlukan dalam sehari 24 jam?
Lepas bersalin, mitos air pun muncul juga. Ada yang berpantang tak minum air banyak, bentan katanya. Sedangkan kawasan vagina wall memang akan bengkak sikit, itu normal response selepas kelahiran & jahitan episiotomy.

Apa yang penting ialah ilmu.
Tak jadi doktor, tak jadi dietician, tak jadi saintis, pun boleh tahu.
Ilmu di hujung jari sekarang ni.
Klik Google, cari ilmu, baca.
Baca dari sumber yang soheh.
Jangan percaya dari sumber tak berkaliber, jangan percaya sumber viral yang selalunya merepek.\

Oh ya..
Journey aku ke arah transformasi hidup sihat, baru nak masuk 2 bulan..
So far, so good.
Target aku, setahun.
Kenapa setahun? Itu time frame yang paling logik dan achievable.
Bukan nak kurus, tapi nak fit.
Bukan nak kurus, tapi nak lower body fat.
Tak guna kurus, tapi sebenarnya skinny fat
Tak guna kurus, tapi stamina takde, muscle wasting.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 543