Quantcast
Channel: Macam Macam Ada
Viewing all articles
Browse latest Browse all 543

Doktor Lelaki Cek Bukaan

$
0
0

Ini keywords tertinggi di blog aku utk minggu lepas.
Memang malu kan, kena kangkang depan doktor lelaki bila nak tengok cervix dah buka berapa cm..:P
Aku boleh bayangkan, kalau aku perempuan, sure aku pun malu.

Aku ingat lagi zaman aku kerja hospital dulu, petang hingga malam aku ada buat part time (locum) di klinik swasta. Satu hari tu, ada seorang pesakit ni masuk2 aja dalam bilik consultation, dia senyum2..aku tanya kenapa?
Dia jawab " saya malu la doktor...masa saya nak bersalin dulu ( 5 bulan lepas), doktor la yang selalu check bukaan saya"..
Aku kata " laaaaaa...takde apa nak malu pun..saya pun tak ingat ada check awak di wad bersalin...hahaha..sebab pesakit ramai  "

Jadinya, aku harap warga umum kena faham beberapa faktor ini:
  1. Kadangkala, sebab doktor wanita tak cukup / tiada, maka memang doktor lelaki yang kena check bukaan cervix anda.
  2. Doktor lelaki pun kena buat benda tu, utk belajar. Kalau tak belajar & buat praktikal, macam mana nak pandai, ye tak?. Satu lagi, kena faham, tak ramai doktor wanita yang nak sambung pengajian jadi pakar O&G. Sebab apa? Sebab kerja nya demanding, tak tentu masa orang nak bersalin/ nak kena buat emergency Caesarean. Maka berderet deretlah doktor pakar O&G lelaki yang dilahirkan kalau nak dinisbahkan dengan doktor wanita.
  3. Insya Allah, aku yakin majoriti ( > 98%) doktor lelaki yang check bukaan ni, takde simpan niat songsang/jahat pun. Doktor2 dah penat, takde mana nak bernafsu. Doktor2 adalah professional. Lagipun, kalau kerja di department O&G, hari2 tengok benda tu, dah naik lali, dan bukannya yang anak dara comel lote tak mengandung datang, yang datang majoriti dah nak beranak. Jadi bayangkan rupa benda tu. Pun begitu, aku tak nafikan, doktor pun manusia, dalam setandan pisang, pasti ada yang busuk. Pasti ada jenis doktor yang otak gila sex. Minta dijauhkan.
  4. Nak demand doktor perempuan bukan tak boleh, boleh, silakan. Jaga aurat selagi boleh. Tapi tolong reasonable / timbang rasa, lebih2 lagi kalau anda ke hospital kerajaan yang amat busy. Dah memang kalau ditakdirkan Allah time anda ke spital Gomen nak terberanak sangat masa tu, memang langsung takde doktor wanita ( yang ada sibuk di dewan bedah/ bercuti/ kursus/ etc), jadinya anda nak demanding jugak tunggu doktor perempuan tiba? Anda bermain2 dengan nyawa anda & baby yang dah nak keluar sangat itu. Inilah situasi yang pernah aku alami dulu masa di dewan bersalin, bila last2 aku check ( sebab dah nak terberanak sangat), bukaan dah 7cm, boleh rasa " cord around neck" ( tali pusat jerut leher baby). Nak bertangguh lagi? Kang kalau baby meninggal, the poor doctors juga yang kena salahkan. Suratkhabar tabloid yang tak bertanggungjawab ( suka siar berita sensasi ambik cerita sebelah pihak) pun mula mainkan peranan membusukkan nama doktor/nurse/ hospital.
  5. Kalau memang betul2 demanding & nak jaga aurat, kumpullah wang. Bersalin di hospital swasta, Insya Allah kebarangkalian nasib tak baik disambut oleh doktor lelaki itu amat amat tipis ( sebab anda dah bayar doktor wanita). Tapi ini pun bukan jaminan. Ada sahaja kes yg mana elok2 nak bersalin, doktor wanita yang patut sambut baby tu cuti emergency. See? kalau dah takdirnya doktor lelaki nak sambut/ check bukaan anda, ,maka terjadi lah ia, waima anda ke hospital swasta bertaraf 5 bintang sekalipun  :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 543