Dalam apa jua bidang kerja kita, pasti kita berhadapan dengan kesukaran/cabaran, bila tiba masanya, kan? Dalam bidang kerja aku, antara cabaran yang aku hadapi, ialah bila berhadapan dengan 'the difficult patients'.
Siapa 'the difficult patients' ni?
Antaranya...
1) Patient yang degil makan ubat, degil nak ubah life style, tiap tiap bulan datang komplen bacaan gula/tekanan darah dia tetap teruk. Berbakul bakul ubat & nasihat kita berikan, tapi kalau diri sendiri tak mahu berubah, camano?
2) Patient yang terlampau risau tentang simptom mereka. Kerisauan yang kadangkala sampai ke tahap anxiety disorder. Bukan sekali dua aku jumpa pesakit macam ni. Memang bila dirujuk ke doktor psychiatry, diagnosis nya ialah anxiety disorder. Risau sakitnya ialah sakit jantung, walaupun jenuh doktor klinik, doktor pakar, even doktor IJN dah jelaskan bahawa jantung OK, semua test yang relevan dah dibuat.
3) Patient yang berat mulut. Maksud aku, sangat berat mulut, susah nak bercakap. Puas kita tanya simptom-simptom mereka, sejarah mereka..semuanya untuk bantu mereka, tapi mereka tak mahu bantu diri mereka sendiri. Kadangkala, mereka acuh tak acuh dengan simptom yang mereka ada, kita yang bertanya pula naik risau. Patient sebegini, kalau jumpa dengan doktor yang pemalas, memang elok sangat la, buku bertemu dengan ruas.
4) Patient yang kaki MC/penipu. Dalam istilah perubatannya, kita panggil mereka ini 'malingering'. Kalau cirit birit, mereka tercirit 10 ke 20 kali sehari..kow kow punya..Tapi muka relax aja, takde sign dehydration..Kalau sakit senggugut, dia punya kiah propa macam nak bersalin punya sakit ..Kalau sakit mata, bila check bawah kelopak mata ada serbuk tembakau! bahaha..
5) Patient yang sibuk dengan gadget. Anak kau sakit ni, doktor sibuk check, tanya bagai...tapi kau sibuk dengan ipad. Time tu la sibuk nak tengok pasaran saham konon (padahal kau main Angry Bird)..Time tu la sibuk nak ber fesbuk. Patient sibuk dengan gadget ni pun ada jenis yang tak hormati orang lain. Sibuk sangat, manjang orang call. Aku tak kisah kau nak jawab call telefon, maybe urgent. Tapi kalau 2 -3 kali sibuk angkat fon masa di dalam bilik consultation, dan setiap kali jawab fon tu kau punya borak seolah olah aku kat depan ni tunggul kayu yang setia menunggu, apa kau expect aku rasa?
6) Patient yang memandang rendah/underestimate doktor. Patient sebegini rasa mereka hebat. Dengan Google aja mereka tahu semuanya. Fine. In fact, aku lagi suka berurusan dengan patient yang ada asas ilmu medical/yg rajin membaca. Namun, patient jenis ni tak mahu nak percaya apa yang kita terangkan/jelaskan. Setiap butir fakta yang kita jelaskan, dipatahkan dan disangkal dengan 'info' yang dibaca di Google. Aku tak kisah, aku bersikap terbuka, dan aku memang mahu kesilapan aku ditegur..Namun kalau memang isu yang cuba di debat kan tu ternyata aku yang betul( yakni patient sebegini salah ambil info dari Google), dan mereka mati mati nak pertahankan pendirian mereka, maka aku cuma mampu cakap" terpulang lah kepada anda..saya dah beritahu apa yang patut saya beritahu". Aku sendiri tak faham kenapa mereka jumpa doktor in the 1st place. Adakah saja nak test power doktor? Kalau memang mereka betul, tak apa. Ni beria ia nak tegakkan 'fakta' yang salah. Adoi!. Dan patient dalam kategori macam ni, hanya percaya pada doktor pakar sahaja. Ye lah, aku ni doktor cabuk aja, aku tak kisah, tak kecik hati pun bila kurap pun kau nak aku refer ke Dermatologist( cuba bayar sendiri, takde gigihnya nak panjat selalu private hospital..ni kategori abuse medical benefit). Tapi bila kata doktor pakar pun kau tak percaya lepas tu, dan kau gostan balik jumpa balik doktor cabuk ni, dan doktor cabuk ni la yang akhirnya beri penjelasan yang akhirnya kau faham..maka memang patut tak aku kelaskan patient sebegini as ' the difficult patient' ? :)
Sebenarnya banyak lagi jenis 'the difficult patient' yang aku nak tulis. Tapi sebab aku nak makan lunch, maka aku stop di sini sahajalah. Tujuan aku menulis ni bukan nak kata bahawa 'doktor semuanya betul/tak boleh ditegur'. Doktor pun manusia, ada buat kesilapan..Ada juga 'the difficult doctor' ..hahaha..Cuma kali ni aku sekadar nak berkongsi pandangan mata pertama seorang doktor, terhadap pesakit pesakit sebegini. Tu saja. :)