Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 543

12 - 12 - 12

Hari ini 12 - 12 - 12.
Untuk sampai ke tarikh sebegini lagi, kita perlu menunggu lagi 100 tahun, iaitu tahun 2112.
100 tahun sebelum ini, 1912..macam macam telah berlaku..
Jom belajar sejarah sikit...

1 Januari 1912 - Negara Republik China ditubuhkan oleh Sun Yat Sen

6 April 1912 - Penggunaan 'electric starter' untuk kereta diperkenalkan

10 April 1912 - Kapal RMS Titanic memulakan perjalanan sulung, dan yang terakhir.

30 May 1912  - Pengasas penerbangan/kapal terbang, Wilbur Wright meninggal dunia

23 December 1912  - Empangan Aswan di Sungai Nil, memulakan operasi.

Pada 1912, apa yang berlaku di Malaysia ketika itu?

- Nestle bertapak di Malaysia, dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company di Penang.

-Sekolah St. Micheal, Ipoh ditubuhkan.

- Dato' Onn Jaafar pulang ke Johor setelah menuntut di MCKK

100 tahun akan datang, 12 Disember 2112, apa akan jadi?

- tablet/smartfon yang kita tergila gila kan sekarang dah masuk muzium?

- kereta nasional Proton akan menguasai dunia permotoran atau tetap di takuk itu juga?

- berucap terpekik terlolong di rostrum setiap tahun (walaupun ada mikrofon) adalah sesuatu yang sangat rendah moralnya, kerana pada zaman itu, integriti individu benar benar di nilai sebagai kriteria utama diangkat sebagai pemimpin? atau sama sahaja gayanya sampai ke hari kiamat?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 543