Quantcast
Channel: Macam Macam Ada
Viewing all articles
Browse latest Browse all 543

70% Malaysian Suka Tawaf Shopping Complex

$
0
0
Pernah terbaca satu study, katanya 70% Malaysian spend their weekend, at the shopping mall.
Aku setuju.
Dan aku selagi boleh tak mau masuk dalam statistik tu.

Wife aku kata, apa option yang Malaysia ada..
Ya jugak kata aku..
Tak leh la nak samakan dengan org Ostolia nunn..
Kat sana sejuk, boleh lari lari guling guling kat park..
Boleh naik beskal..
Boleh jalan jalan kat beach.
Kat sini panas berdenting, kalau tak panas, hujannnnn..kalau tak hujan, berjerebu!
Kah kah kah..

Tapi semalam aku terpaksa rela juga masuk statistik.
Sementelah mommy mereka masuk gym..
Aku jadilah daddy mithali katanya..bahahaha

Berusaha juga nak keluar dari statistik. Ajak ZZ berdua ni gi luar kompleks, nak ajak lari lari guling guling kat park depan tu, layan tasik & air pancut kononnya. Tak sampai 10 minit, kena kensel plan nak berguling guling lari lari tu, peluh dah menitis nitis. Oh ya, masa ni hampir jam 11.45am. Ayat cliche Ziyyad " malaysia kan daddy "...alahaiiii...

Habis segala macam kiddy ride aku bawak diaorang naik. Naik aja, gegar sendiri..bahahaha..Kalau dengan mommy korang yg always bawak duit syiling berguni dalam handbag tu, memang bergerak bermuzik ria lah kiddy rides tu korang layan..3-4 round kan...kah kah kah

Sapa kata orang malaysia takde duit. Asal ada aja model baru, semua pakat pakat terjah, belek, beli. dari kereta, rumah, bawak lah ke gejet. Kedai gejet macam ni, hanya seronok di terjah tatkala hari bekerja sahaja. Di kala weekend, toksah la masuk. Banyak spesis kiasu yang pegang tablet & smartfon for display  tu seolah olah tablet & smartfon tu, dia yang punya..kalau boleh, nak kasik habis main game Angry Bird tu sampai level tertinggi!  Bahahaha

Bajet bajet ada ~ 20minit lagi mommy kat gym. So apa lagi nak buat kat sini...So aku pun terjah la pusat bowling. Beria ia Ziyyad ajak aku main bowling..Hello..nak angkat bola boling pun tak larat, ada hati ajak aku main aku sendiri tak pernah main bowling..kah kah kah..Takpe, takpe, nanti daddy kasik prektis power dulu macam shalin zulkifli tu...daddy nak ajak geng geng blogger yg katanya ramai jugak tak pernah hayun bola boling kah kah kah main jugak nanti..Mommy korang dah byk kali main. Budak Zayyan tu jenuh aku kejar sampai ke lane baling bola tu, licin gila lantai dia rupa rupanya! Nasib baik Zayyan aja yg tergolek, aku hampir 74% tergolek dog..kah kah kah

Menjelang 1.35pm. mommy pun siap dah bersenam.
Mommy dah lapar, aku pulak dah malas nak bersenam.
So aku kensel kan aku punya turn masuk gym.
Kami sama sama masuk sikret resepi.
Habis makan, kami balik sebab tak mahu menyesakkan lagi statistik, lantas tido kekenyangan di rumah.

Sekian kisah hujung minggu kami.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 543