Quantcast
Channel: Macam Macam Ada
Viewing all articles
Browse latest Browse all 543

Indian Ocean

$
0
0
Sepanjang usaha mencari MH370, " the most credible leads" ialah penemuan satelit Australia pada 16 Mac lepas, iaitu objek yang dipercayai sebahagian daripada bangkai pesawat. Pun begitu, setakat entry ini ditulis,pesawat pencari Australia gagal menemui apa apa di kawasan yang dikenalpasti, iaitu di Indian Ocean.

Hikmah misteri MH370 ni, ramai yang mula belajar tentang ilmu aviation..
Hari ini, aku nak belajar tentang ilmu geografi..

Indian Ocean ialah satu kawasan lautan yang luas, ketiga terluas selepas Pacific Ocean dan Atlantic Ocean.

Negara kepulauan yang terdapat di Indian Ocean ialah Republik Madagascar, Union of Comoros, Republik Seychelles, Maldives, Mauritius dan Sri Lanka.

Misi pencarian di Indian Ocean memang sukar, amat amat sukar. Ini disebabkan saiz nya, kesunyian nya ( teringat komen Kapten Datuk Nik dari MAS kalau tak silap tentang " sunyi nya" kawasan Indian Ocean, yang tidak dilintasi commercial flights). 

Aku pernah tengok depan mata sendiri, kehebatan Indian Ocean, semasa di Australia. Tengok lautan yang hebat ini dari daratan pun dah kagum...Ye lah, kalau di Malaysia, kita tengok Selat Melaka yang tenang...nak berombak ombak musim tengkujuh pun, ialah di Laut China Selatan.

 Gambar tahun 2011, semasa di Cape Leeuwin, Western Australia. Di tanjung ini uniknya ialah titik pertembungan antara Indian Ocean dan Southern Ocean.

Indian Ocean memang cantik..membiru..ombaknya hebat...Jadi bayangkan, di tengah tengah lautan....2500km dari Perth...memang sunyi,ganas, terpencil....Memang susah nak cari bangkai MH370( kalau betul terhempas di situ), yang mungkin dah tenggelam ke dasar lautan yang boleh menjangkau average kedalaman 3.9km ! Tempat paling dalam di Indian Ocean, ialah di Diamantina Deep, 8km dalamnya! Ocean drift juga memungkinkan bangkai pesawat tertolak jauh beratus km dari spot awal yang di kesan satelit.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 543