Quantcast
Channel: Macam Macam Ada
Viewing all articles
Browse latest Browse all 543

Sekolah Kebangsaan VS Sekolah Integrasi/Swasta

$
0
0
Si Ziyyad akan masuk umur persekolahan tahun depan, 2015.
Kami suami isteri memang tengah meriki riki sekolah sekitar Shah Alam.

Kriteria sekolah yang kami cari:

- sekolah swasta/berbayar
- sekolah di Shah Alam.
- sekolah yang berdaftar sah dengan Kementerian Pelajaran & JAIS
- sekolah yang guna silibus:
  • pendidikan duniawi ( english / math / BM / etc)..pendek kata apa yang pelajar di sekolah kerajaan belajar, mereka belajar.
  • pendidikan akhirat ( hafazan al quran / tahfiz...dan lain2 mata pelajaran agama berkaitan)
  • pendidikan sukan / sosial ( eg: ada kelas swimming / berkuda / main futsal / etc)
- sekolah yang ada good track record, iaitu bukannya sekolah yang baru setahun dua di tubuhkan.
-sekolah yang stabil, iaitu:
  • tak menyuruh pelajarnya keluar kutip derm
  • tidak alami masalah fasiliti tak cukup / tenaga pengajar tak cukup
  • sekolah yang jelas misi nya, iaitu selepas tamat darjah 6 / 12 tahun , ke mana pula halatuju pelajar nya

- sekolah yang boleh balik hari. Maknanya, tak perlu tinggal di asrama. Hantar pagi, balik petang.

 Ada 2 sekolah yang kami sedang riki, buat masa ini.
Satu, sekolah yang anak anak Kak Yan pergi.
Kedua, sekolah ini....


Sekolah ini, aku baru snap gambar nya sahaja. Belum masuk jumpa pengetua/cikgu cikgu nya. Sekolah anak anak Kak Yan tu, wife aku dah pergi sekali.

Jadinya, kepada kawan kawan blogger yang ada informasi tentang sekolah ini, ataupun mana mana sekolah yang memenuhi kriteria yang kami suami isteri cari, sudi sudi lah ya berkongsi info..Terima kasih  :)

Semalam, mommyZZZ dah selamat daftarkan Ziyyad di sekolah kebangsaan yang berhampiran rumah kami, sebagai back up plan..









Viewing all articles
Browse latest Browse all 543