Quantcast
Channel: Macam Macam Ada
Viewing all articles
Browse latest Browse all 543

MH370

$
0
0
Kalau tiada ilmu, jangan cuba keluarkan pendapat yang songsang/menyakitkan hati orang lain.
Dalam bidang kerja aku, memang ramai yang jadi Doctor Google..
Yang selamba bagi info yang salah tentang isu perubatan
Dan lagi parah, selamba hasut orang lain utk turut percaya apa yang dia percaya melalui Google.
Yang selamba bagitau ' doktor salah'  atau ' ubat tu bahaya '...

Bila terjadi insiden MH370..
Ramai yang jadi pakar aviation semalaman..
Ramai yang terlebih bijak dari pakar pakar di DCA..
Dan ada yang selamba mengutuk kononnya DCA / Seacrh & Rescue team lembab..
Anda baca tentang ilmu aviation di Google..
Tak sama dengan mereka yang ada ilmu secara professional, dan juga pengalaman.
Jadi tolong, tolong diam.
Baca INI kalau anda sibuk sangat tertanya tanya kenapa lembab / lama sangat nak cari MH370.

Ini masa penerbangan ke Perth, air turbulence yang teruk. Masa kami ke Bali untuk honeymoon 2006 dulu, lagi teruk punya air turbulence. Aku yang ketika itu tengah lena tidur, siap terbawa bawa dalam mimpi..Mimpi kapalterbang yang kami naiki hendak terhempas ! Aku mengigau menjerit " flight nak terhempas!!"...Punya kuat aku menjerit sampaikan orang keliling tengok ( dan muka mereka pun gamam), dan stewardess siap bukak lampu..Aku terus tido balik lepas tu, meninggalkan wife aku masa tu yang tersipu sipu malu dek kerana mengigau suaminya yang baru dikahwini. Tapi aku bagitau ni...rasa/feel ' kapalterbang nak terhempas ' tu, memang sangat sangat real..Aku tak dapat bayangkan apa yang penumpang MH370 rasai, andai benar pesawat itu terhempas/meletup mid air.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 543