Quantcast
Channel: Macam Macam Ada
Viewing all articles
Browse latest Browse all 543

Aaron Aziz Hero Filem Tidurlah Intan

$
0
0
inilah novel yang aku sedang gigih baca sekarang..semoga aku berjaya khatamkan novel ini !

Aku tak suka baca novel.
Novel terakhir aku baca( dan habis baca) ialah Jibam. Tu pun zaman sekolah rendah!
Sekarang zaman filem adaptasi dari novel.
Hollywood dah lama buat..dan banyak yang meletup...antaranya Lord of The Rings, The Princess Diaries dan Twilight Saga.
Gigih baca peta dalam buku The Hobbit ni..hahaha..kalah masa belajar Geografi dulu!

Tapi, ramai pembaca novel komen bahawa hasil dalam movie tak sama/tak detail macam yang ditulis dalam novel. Contohnya LOTR, walaupun dah di bahagikan kepada 3 movies, tetap tak se-detail dalam novel katanya. Begitu juga The Twilight Saga. Dua dua novel ni, mommyZZ memang baca. Aku pegang aja bukunya, baca tak pernah ..haha..

Entah kenapa, keterujaan nak menanti tayangan The Hobbit pada 13 Disember ni, menyebabkan aku terminat pula nak baca novelnya. So far, aku dah sampai mukasurat 9..hahaha..

Siri Adam dan Hawa pun katanya dari novel..
Aku confirm lah tak baca novel nya, tengok cerita ni pun tidak..
So, adakah jalan cerita Adam dan Hawa ni banyak ikut apa yang ditulis?
Apa apa pun, kalau dah letak Aaron Aziz sebagai hero, cerita adaptasi dari novel budak sekolah rendah pun boleh meletup kannnnn...:P

 Bayangkan Aaron Aziz jadi hero based on siri siri dalam buku cerita Tidurlah Intan ni..sure meletup punya filem nya..wakakakaka

Viewing all articles
Browse latest Browse all 543