Di Kota Bahru, akhbar Kosmo melaporkan:
Murid Cemerlang UPSR dapat Mini Cooper
Sementara itu, akhbar Kosmik pula melaporkan:
Murid Cemerlang UPSR dapat Mini Cooper
Sementara itu, akhbar Kosmik pula melaporkan:
SHAH ALAM - Seorang murid bagaikan memenangi cabutan bertuah apabila dia dihadiahkan sebuah kereta Honda CRZ dan juga sebuah Volkswagen Beetle Limited Edition Fender oleh bapanya berikutan kejayaannya memperoleh keputusan mumtaz dalam Ujian Bulanan sekolahnya kelmarin.
Muhammad Fiedyan Ziyyad, pelajar kelas 5 Khawarizmi tadika Genius Aulad cawangan Setia Alam, tidak menyangka bapanya,Daddy Ziyyad, benar-benar menunaikan janjinya apabila dia berjaya meraih kejayaan tersebut.
Lebih mengujakan, dia mendapat hadiah itu ketika dia sedang menunggu bapanya menjemputnya di sekolah.
Ziyyad di samping Honda CRZ baharu nya. " Ziyyad tak sangka daddy betul betul belikan kereta ini sebab Ziyyad memang minat bangat kereta CRZ ni...Kereta CRZ merah ni Ziyyad nak bawak pergi Tesco...pergi Jusco..pergi Legoland", ujar Fiedyan Ziyyad sambil teruja bila ditanya pemberita.
Anak pembekal & pengajar macaron & pelbagai jenis kek itu bercita cita menjadi seorang ahli tahfiz. " Daddy pernah janji akan belikan kereta idaman kalau Ziyyad berjaya cemerlang di sekolah".
Kereta VW Beetle limited edition ni pula katanya akan digunakan untuk membawa adik adik bersiar siar dipetang hari
Anak sulung dari tiga beradik ini berhasrat menyambung pengajiannya ke sekolah tahfiz selepas ini. Namun beliau masih ada setahun lagi di Genius Aulad. Moga adik Fiedyan Ziyyad terus cemerlang, terbilang & gemilang dalam bidang yang diceburi.
Sementara itu, usaha pihak kami untuk menemuramah bapanya gagal berikutan bapanya tidak mahu meng-exposed dirinya lebih lebih." Risau di kejar LHDN nanti ", kata bapanya sambil terkekek kekek gelak.