Quantcast
Channel: Macam Macam Ada
Viewing all articles
Browse latest Browse all 543

Pasca Bajet 2014

$
0
0
Jujurnya, aku tak rasa apa apa pun pasal Bajet 2014 ( macam tu la jugak Bajet sebelum sebelumnya). Sebab aku tak terlibat/ tak dapat apa apa pun.
Apa apa pun,bersyukur lah, Malaysia masih aman  :P
Bersyukurlah, masih bayar cukai, termasuk cukai kalau nak beli kereta sukan ( (Bukan Macam Spesis Keparat Duit Banyak Lari Cukai tapi Nak Bergaya Kereta Mewah)

1. Bonus 1/2 bulan gaji penjawat awam
Aku bukan kerja Gomen pun. Bersyukurlah orang Gomen yg dapat bonus, tu pun masih ada suara suara yang pertikai kan " aik, 1/2 bulan aja? "...." aik, lambat nak dapat, bulan Jan 2014 baru merasa".  Orang lain ( baca: org swasta) merasa 'kesan bonus' aja tau ( semua benda naik harga).

2. Bayaran Bantuan Khas Pesara
Aku bersara dari main Candy Crush, tu aja.

3. Kadar BR1M ditingkatkan ke RM650
Tak dapat BR1M.

4. Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia ( i- BR1M), bernilai RM50 diberi kepada penerima BR1M
BR1M tak dapat, maka i-BR1M pun tak dapat la.

5. Baucar Buku 1Malaysia ( BB1M)
Tak dapat juga. Dah tak sekolah/sambung belajar.

6. Bantuan Persekolahan untuk sekolah rendah & menengah bernilai RM100
Tak dapat juga. Anak masih di tadika. Tak de peluang la nak melopong kat dewan sekolah tadah telinga dengar YB berucap(sebelum dapat duit RM100 tu).

7. Pemansuhan Subsidi Gula  sebanyak 34sen   
Demi kesejahteraan rakyat katanya. Aku masih sihat, tiada diabetes, dan yesss,terima kasih Gomen sebab sangat prihatin dengan kesihatan rakyat.  Tahun depan naikkan cukai rokok & todi kow kow ya..Sebab kanser paru paru ialah pembunuh nombor satu, kes pembunuhan/rompak/gejala sosial, pun salah satu puncanya ialah dari todi/arak.

8. Pemberian one off bernilai RM500 kepada individu berumur antara 20 - 30 tahun yang menyertai Skim Persaraan Swasta ( PRS)
Aku tak dapat juga. Dah tua bangka. 27 Disember, panjang umur, dah 35 tahun umur aku.

9. Golongan peniaga pasar malam, disediakan dana sebanyak RM100 juta bagi menampung kos perniagaan
Aku tak dapat juga. Mungkin kena start jual ayam golek kat pasar malam lepas ni.

10. Cukai Barang & Perkhidmatan ( GST) mula dilaksanakan 1 April 2015
Ohh !!  Akhirnya..yang ini, aku terlibat juga.Tapi takpa, tak perlu risau, terendah di rantau Asean katanya ( macam harga petrol :P ) MALANGNYA, bangsa yang tak dapat BR1M macam aku, masa nak dilaksanakan GST ni kelak, tak merasa pemberian one off bernilai RM 300.
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 543