Sepanjang 10 tahun jadi dokter, ini pengamatan saya tentang 'jenis jenis kaki MC', yang saya pernah & selalu jumpa.
( Ini melibatkan mereka yg tak layak dapat MC sebenarnya)
1) Jenis Pushy
( Ini melibatkan mereka yg tak layak dapat MC sebenarnya)
1) Jenis Pushy
- kaki MC yang mendesak doktor bagi juga MC pada mereka,walaupun kita dah jelaskan mereka tak boleh & tak layak diberi MC...walaupun mereka sedar mereka memang tiap tiap bulan MC. Bila kehendak mereka tidak dipenuhi,boleh sampai jadi bergaduh dalam bilik konsultansi. Tak cukup dengan itu, pintu klinik di hempas kuat ( nak menunjuk betapa marahnya mereka). Ubat yang diberikan ( kalau ada) pun tidak di ambil, terus blah macam tu aja. Dan kadangkala, mereka akan menakut nakutkan doktor dengan berkata
- " Kalau apa apa jadi dengan saya kat kilang,doktor yang bertanggungjwab" -- wahhhhh..takutttttnyaaaaa...padahal doktor in-house ( doktor dalam kilang) nya pun dah siap awal awal inform semua panel klinik tentang perangai hazab kaki MC macam ni :)
2) Jenis Persuasive
- kaki MC yang gigih memujuk doktor memberikan belas ihsan kepada mereka ( macam lah bulan bulan sebelumnya doktor tak pernah belas ihsan/ tutup mata sign MC). Kadang kala proses mereka ini memujuk doktor,amat merimaskan. Sampaikan dah dekat 10minit mereka masih gigih memujuk ( sedangkan patient di luar ramai yang sedang menanti giliran). Jenis yang over, akan memujuk pula staff klinik yang ditugaskan memberi ubat kepada mereka, utk memujuk doktor supaya beri mereka MC. Jenis sebegini walaupun annoying,namun mereka ada sedikit baik la dari jenis Pushy.
3) Jenis Pulun
- kaki MC yang pulun & tak menyempat nyempat nak MC. Contoh keadaan:
- Doktor tanya" dah berapa kali awak cirit birit?". Dia jawab " saya patutnya masuk kerja petang ni doc". Dek kerana pulun nak MC, mereka secara di bawah sedar ( unconscious mind) telah menunjukkan niat/intention mereka,dan tidak menjawab soalan yang ditanyakan.
- Doktor tengah buat pemeriksaan fizikal,contohnya sedang mengambil tekanan darah ,maknanya proses konsultansi belum pun lagi berakhir, si kaki MC terus cakap" saya nak MC hari ni".
Kaki MC jenis macam ni,saya kategori kan sebagai biadap, sebab kot ya pun nak MC,pandai pandai lah berlakon. Dan tolong lah jawab soalan doktor ( walaupun doktor tahu awak menipu ..kah kah kah).
4) Jenis Pelakon Hollywood.
- kaki MC macam ni pulak, bila dia berlakon sakit, doktor yang memeriksa pun naik meluat. Kalau dia menjelaskan tentang sakitnya, seolah olah dah kritikal sangat keadaannya( exaggerating) :
- " saya cirit birit dah dekat 18 kali " - walaupun pemeriksaan fizikal mengesahkan langsung tiada sekelumit tanda dia kekurangan air ( dehydration).
- "kipala sakit, badan sakit, mata sakit, mau muntah,berak sakit"- kaki MC sebegini ,semuanya dari atas kepala sampai ke kaki, sakit! ha ha ha.Nak mengkhabarkan kepada doktor bahawa betapa ' kritikalnya ' keadaannya, dan perlu MC.
- Berjalan masuk ke dalam bilik doktor,dengan terdengkot dengkot kaki nya. Kesian bebenor doktor melihat kakinya yang 'sakit' tu. Natijahnya? Lepas dapat MC, bila di skodeng dari dalam klinik oleh staff klinik menerusi cermin gelap,nahhhhh...kaki MC yang terdengkot dengkot macam dah nak gangrene kakinya tu, berjalan laju dan ok aja... tersenyum riang, nak pergi dating dengan makwe nya.
5) Jenis Berterus Terang
- Jujurnya,kaki MC yang macam ni,jarang boleh diklasifikasi kan sebagai 'kaki MC'. Sebab dalam setahun,maybe hanya sekali dua aja mereka datang jumpa doktor, dan berterus terang bahwa mereka perlukan MC ( atas apa jua sebabnon medical,contohnya nak jaga anak sakit/nak pergi interview/dah lambat bangun/ etc). Tapi jangan tak percaya, ada jenis yang tak segan silu, secara terus terang, selalu sangat mintak MC ..so mereka ini lah jenis kaki MC yang berterus terang :)
6) Jenis Memenuhkan Kuota
- Jangan ingat kemasukan ke universiti aja ada kuota ya. Kaki MC jenis ini,dia punya anggapan dan pemahaman ialah ' setiap bulan perlu MC'. Setiap bulan kena penuhi 'kuota MC'nya. Jenis kaki MC sebegini selalunya terdiri dari warga asing yang bekerja di Malaysia. Dan ikut pemerhatian saya, mereka yang dari Indonesia, Nepal,Myanmar,Vietnam..sama sahaja pemalas nya macam warga Malaysia yang pemalas. Bukan macam suatu masa dahulu, di mana warga Indon yang sakit,gigih datang ke klinik,minta suntikan..untuk cepat sembuh, supaya boleh terus bekerja ( sebab mereka di bayar gaji hari). Zaman sekarang ni mereka kerja kilang. Gaji setiap bulan masuk. Dan dalam semua warga asing, yang dari Bangladesh la yang paling kurang minta MC.Mereka lebih gigih bekerja,jarang sangat minta MC. Bila mereka ke klinik, itu bermakna mereka betul betul sakit.
Bukanlah saya ni bagus sangat, baik sangat, rajin sangat.
Saya pun manusia. Doktor pun manusia.
Saya sendiri ada masa rasa malas nak pergi kerja...Namun kita kena ingat,yang mana priority,apa tujuan kita hidup..Sesekali menjadi malas dan nak MC, itu understandable.. :)
Saya percaya, majoriti doktor,bertimbang rasa...boleh di bawa berunding. ( unless kepada minority doktor yang memang super strict, follow the rules, ikut buku 100% :P )
Majoriti doktor, tutup sebelah mata aja sign MC atas MC yang tak layak dikeluarkan..atas sebab apa?Atas dasar timbangrasa.
Tapi ingat lah...
Timbangrasa itu, ada batasannya.
Bila batasan itu dilangkaui,maka siapa yang salah?
Doktor juga yang disalahkan sebab tak issue MC ( padahal dah selalu sangat di beri MC).