Quantcast
Channel: Macam Macam Ada
Viewing all articles
Browse latest Browse all 543

Pedulikah Kamu Tentang Nasib Saudara Kamu?

$
0
0
Lama cuti menulis blog, sempena raya.
Mood nak menulis pun tak berapa nak ada..
Mood marah, sedih, geram, mengharap.....dengan apa yg terjadi di Mesir.

Tak perlu nak selusuri sejarah panjang politik Mesir.
Tak perlu nak selusuri sejarah Ikhwanul Muslimin..
Tak perlu nak faham tentang perangai gila askar Mesir yang suka merampas kuasa, sejak zaman Kolonel Gamal(Jamal) Abdul Nasir..
Tak perlu nak faham ' dosa dosa' Dr Morsi..

Fahamkan satu aja..
Iaitu..
Anda ada kuasa..
Ada senapang, pistol..
Ada tak boleh sesuka hati menembak manusia yang tak bersenjata..
Anda tak boleh sesuka hati menembak manusia tak bersenjata yang tak memprovok anda..
Anda tak boleh sesuka hati menembak wanita dan kanak kanak..
Anda tak boleh sesuka hati bakar manusia yang berlindung di dalam masjid..
Anda tak boleh sesuka hati bakar bangunan blood bank..
Anda tak boleh sesuka hati guna peluru yang diharamkan dunia, utk menembak saudara seIslam anda.
Benda benda yg ditulis ini ialah common sense, yang berakal, baligh, tak pergi sekolah pun boleh faham. 

Bayangkan ayah/emak/abang/adik/suami/isteri/sepupu/jiran anda yang terbaring di sini...anda perlu melangkaui mayat mayat ini utk mengecam mengenalpasti orang yang anda sayang. Mereka ini di bunuh begitu sahaja, tanpa mereka memberontak angkat senjata. Hanya binatang dan manusia yang sudah ditutup hatinya sahaja tak akan berasa bersalah/sedih atas apa yang berlaku..sesuai dengan sabda Baginda tentang petanda petanda kiamat( akhir zaman) : 
"Sungguh menjelang kiamat akan terjadi al-haraj. Mereka bertanya, 'Apa itu al-haraj?' Beliau menjawab, 'Pembunuhan, tapi bukan pembunuhan kalian terhadap orang-orang musyrik, melainkan sebagian kalian membunuh sebagian yang lain sehingga seseorang akan membunuh tetangganya, saudaranya, pamannya, dan anak pamannya.' Mereka berkata, 'Apakah saat itu kita masih punya akal?' Beliau menjawab, 'Sungguh, akal manusia pada waktu itu akan dicabut dan digantikan dengan akal manusia yang tidak genap. Sebagian besar mereka mengira bahwa mereka berkuasa atas sesuatu, dan bukan sesuatu yang lain'." (HR. Ahmad)"


Tiada alasan anda tak mahu mengecam kegilaan terkini di Mesir sebab ' tak faham konflik'
Tiada alasan anda sebagai pemimpin negara, bersikap dayus tak berani menyatakan pendirian menentang & mengecam kezaliman yang berlaku secara lantang.
Ingat pesan Nabi ni;  " Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat ini, maka ia bukan dari kalangan mereka".


Saya menyeru rakan rakan blogger yang masih belum tahu tentang kewujudan FB page Mesir Kini..tolonglah LIKE page ini, dan baca dan hayati perkembangan terkini yang berlaku di Mesir, tanpa tapisan.

Inilah usaha kecil saya, moga usaha ini boleh membela saya bila di tanya di akhirat kelak tentang ' pedulikah kamu tentang nasib saudara kamu?'

Viewing all articles
Browse latest Browse all 543