Quantcast
Channel: Macam Macam Ada
Viewing all articles
Browse latest Browse all 543

Elak Tersedak Susu

$
0
0
Banyak kes baby meninggal tersedak susu.
Zayydan yang baru 3 minggu usia nya, fully on formula milk..Jadi aku memang risau.( abang abangnya dulu exclusively b/feed).

Simple anatomy, utk faham apa itu ' tersedak susu'

Makanan/air yang kita minum, sepatutnya turun dari mulut, ke dalam esophagus, yang akan terus ke dalam perut. Saluran pernafasan di hadapan esophagus yang dinamakan Trachea, akan terus bersambung ke paru paru. Jadi, susu yang baby minum, patutnya masuk ke dalam saluran esophagus.

Susu yang ditelan dielakkan dari masuk ke dalam trachea, sebab adanya struktur epiglottis. Apabila menelan, epiglottis ini akan menutup lubang trachea.Dan di dalam larynx juga ada peti suara, vocal cords. Vocal cords akan begetar bila baby menangis. Getaran ini menyebabkan saluran larynx ( dan trachea ) tidak akan tertutup oleh epiglottis. Jadinya, kalau baby sedang menangis kuat, dan disumbat dengan botol susu, maka risiko untuk susu masuk ke dalam saluran trachea adalah tinggi ( tersedak susu).

Tengok kepada anatomy juga, logik akal kita memberitahu 'effect gravity' akan memainkan peranan bila baby menyusu. So, posisi baby ketika menyusu pun penting. Susu senang masuk ke dlm trachea bila baby menyusu sambil baring terlentang.

Tersedak susu boleh juga terjadi dalam keadaan dipanggil Gastroesophageal Reflux. Ada injap dipanggil Lower Esophageal Sphincter (LES) di antara esophagus dan perut. LES fungsinya menghalang makanan/cecair yang sudah masuk ke dalam perut, untuk tertolak balik ke atas, masuk semula ke esophagus. Bagi baby, otot LES ini masih lemah, maka sebahagian susu yg sudah masuk ke dalam perut, mungkin terlepas masuk semula ke esophagus. Dari esophagus, susu tersedak ini boleh naik ke atas, dan masuk ke trachea. Reflux mudah terjadi kalau baby menyusu dalam keadaan terlentang. Selain memastikan posisi baby masa menyusu, penggunaan susu yang lebih pekat boleh kurangkan insiden reflux. Reflux akan pulih dengan sendirinya bila baby makin membesar.

So, tips mengelakkan tersedak susu:

1. Jangan paksa , sumbat botol susu masa baby tengah melalak menangis. Sabar. Tunggu tangisan reda sedikit, baru bagi susu.

2. Elakkan posisi baby baring terlentang masa menyusu baby. Naikkan sikit bahagian kepala baby.

3. Kalau baby selalu sangat tersedak  masa menyusu, bawa jumpa doktor, utk pemeriksaan lanjut..kot kot ada masalah reflux...or kadangkala masalah congenital seperti tracheo-esophageal fistula.

4. Make sure puting susu, sesuai dengan usia baby. 

5. Biasakan diri, dan fahami pattern baby kita masa menyusu. Berapa ounce dan berapa lama masa diambil utk habiskan. Setiap baby berbeza kadar penyusuannya.

6. Amalan masyarakat kita menyendawakan / burp -kan baby, pun bagus dibuat...Sebab utk buat baby sendawa, memang kita kena hold baby in upright posture, selepas menyusu.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 543