Anak anak aku semuanya lelaki.
Yang bakal lahir 12 Julai ni pun, lelaki.
Dah namanya lelaki, mesti la aku ajar main bola, naik basikal..
Mainan kat rumah memang melambak kereta/lori/motor/truck/ultramen..
Cuma bab pistol/senapang aja aku tak belikan. Kami laki bini tak prefer mereka main tembak2.

Play-doh pun anak anak aku main. Bagus merangsang minda katanya. Nampak tak kelopak bunga color pink tu? Haaa..tu la kerja mommy nya..Mentang mentang la tangan seni dan selalu buat fondant cake bunga, play-doh anak pun nak buat bentuk bunga. Ha ha ha.. Aku cakap kat wife aku, bahaya tu..Kang jadik mat bunga/lembut pulak anak anak aku..Ada satu hari tu aku tengok anak anak aku main masak masak cupcakes, masak macaron! bahahaha...Ni la pengaruh tengok mommy nya selalu membaking.
Aku cakap kat Ziyyad..
Tak boy la kan main play-doh gentel bentuk bunga..:P
Ziyyad mintak aku buatkan dinosaur...
Main dinosaur baru lah boy!
Hasil tangan seni daddy nya. Tyrannosaurus( t- rex) sebelah kanan utk Ziyyad, manakala Edmontosaurus sebelah kiri utk Zayyan. Yang color hijau belah belakang tu hasil tangan Ziyyad..'batu bakar' katanya...Aku tanya apa benda 'batu bakar' ni? Dia cakap " alaa...yg kita tengok kat Petrosains tu ".....Oooohhhh..batu bakar ialah volcano...bahahahaha....
ps: untuk entri semalam, ada yang tak dapat membaca nya dalam nada sarkastik..hihihih..Takpe...takpe...Kisah 3 Jiran tu ialah pasal Malaysia, Indon & Spore. :)