Sempena menyambut Breakfast Day katanya yang jatuh pada 19 November, esok...maka 200,000 biji beger akan diagihkan secara percuma, kepada 1000 pelanggan pertama di setiap cawangan, bermula seawal jam 7 pagi.
Itu kata pihak Mekdi. Kata warga netizen pula, ini ada kaitan dengan usaha boikot rangkaian Mekdi yang dikatakan menyokong Israel.
Maka, adakah dek kerana isu boikot ni, marketing strategis Mekdi ialah nak popularkan kembali beger nya, lantas membuat promosi beger free ini..? Berselindung di sebalik kata kata " mengalakkan masyarakat untuk mengambil sarapan yang berkhasiat untuk lebih cergas pada waktu pagi" ..?
Dan ini press statement pihak Mekdi Malaysia:
Ada beberapa isu yang aku suka komen dalam hal ini:
1) Kesungguhan rakyat Malaysia dalam memboikot sesuatu produk. Aku memang agak skeptikal, maaf cakap. Rakyat Malaysia memang hangat hangat tahi ayam. Ini bukan pertama kali seruan memboikot dilakukan. Tambahan pula, memboikot industri makanan segera yang menjadi kegilaan majoriti rakyat Malaysia.Umum sedar bahawa rakyat Malaysia, suka makan. Dan adalah mustahil makanan kegemaran, yang secara relatifnya agak murah, hendak di boikot. Lainlah kalau makanan itu memang tak sedap, dah la tak sedap, mahal pula, dah la mahal, servis lembab pula! Maka seruan memboikot tempat makan yang seteruk begini, mungkin akan berjaya.Cuba rujuk kes boikot restoren Sekinchan Ikan Bakar. Banyak cawangannya dah ditutup. Aku sendiri pernah cuba restoren ikan bakar ini, ceritanya DI SINI.
2) Samada benar atau tidak dakwaan Mekdi Malaysia ada menyumbang hasil bisnes kepada zionis Israel, kita tolak ke tepi dulu. Katakan lah boikot ini menjadi.Merudum bilangan orang datang ke Mekdi. Bisnes Mekdi melingkup di Malaysia. Apa akan jadi pada pekerja Mekdi? Tengok sahaja muka muka pekerja Mekdi, ada jumpa muka Cina? Muka India? Bukan tiada, ada..tapi terlalu sikit. Yang penuhnya, muka anak muda remaja Melayu yang sanggup bekerja di restoren segera untuk tempoh masa yang panjang, penat berdiri, risiko kena hamun dengan customer--dan itu semua untuk gaji yang kecil! Jangan salah tafsir ayat aku ini kononnya aku mengatakan kerja di sini hina. Bukan itu maksud aku, cuma itulah realiti yang kita perlu telan. Itu yang mampu anak muda Melayu kita yang kurang akademiknya( tolak ke tepi mereka yg kerja part time)buat, antaranya kerja di restoren makanan segera. Mereka tak punya daya saing macam remaja Cina yang memang pandai berniaga sendiri. Nah, kalau Mekdi lingkup, apa akan jadi pada mereka ini? Dalam pada kita kononnya mahu membantu saudara seagama di Palestin, saudara seagama kita sendiri di bumi Malaysia, tersepit. Ini yang perlu kita fikir juga.
3) Solidariti rakyat Malaysia dalam mendapatkan benda yang free, akan terpancar esok pagi :) Ya, sebut sahaja barang free, org Malaysia memang nombor satu. Sanggup bersesak sesak berasak asak. Lihat sahaja promosi " Beli satu percuma satu" di Subway baru baru ini, bagaiamana penangannya. Maka perkara yang serupa juga, aku jangka akan berlaku esok pagi. Jem di Mekdi serata negara. Beger telor ni, bukannya susah nak di buat sendiri pun. Cuma mungkin ramai yang terbayang bayang akan " burger 'Egg McMuffin' yang diperbuat daripada telur segar daripada ladang bersama dengan keju keemasan serta disaluti hirisan daging disertakan dengan mufin segar." ~ ha ha ha.